Wednesday 7 March 2018

Resepi : Kek Keju Bakar



Bahan-bahan (untuk acuan bulat 7 inci)

250gm cream cheese (saya gunakan jenama Tatura), biarkan lembut sedikit pada suhu bilik
100 ml whipping cream - saya pakai Anchor UHT

2 biji telur

3/4 cawan gula castor, saya guna 1/2 cawan sahaja

2 sudu besar tepung

1 sudu besar jus lemon, saya guna 1 sudu besar sunquick lemon (botol hijau)
2-3 sudu besar filling blueberry


Bahan lapisan biskut
150 gm biskut marie - saya pakai jenama Munchy's, Biskut tu kalau tak cukup boleh tambah, kalau terlalu banyak dan tebal boleh kurangkan
125 gm butter dicairkan


Cara penyediaan

Biskut marie dikisar halus menggunakan pengisar kering. Gaul dengan butter yang telah cair dan kacau rata. Ratakan kedalam spring form loose pan atau apa sahaja acuan yang boleh dibuka bahagian bawahnya. Tekan sehingga rata dan padat. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.


Oven dipanaskan pada suhu 150C. Letak dulang oven (dulang penahan minyak selalunya dibahagian bawah) di rak paling bawah oven. Lapis kedua paling bawah ialah rak besi untuk letak dulang kek.

Dalam mangkuk pemutar, satukan cream cheese, whipping cream, gula, esen vanila dan sunquick lemon. Putar sehingga sebati

Masukkan telur sebiji demi sebiji

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul

Tuang adunan kedalam acuan yang telah diletakkan lapisan biskut marie tadi. Sudukan bluerrry filling sedikit keatas adunan, dan buat putaran pakai pisau. Buat sehingga habis blueberry filling (macam buat corak marble diatas kek)

Letak acuan berisi adunan kek diatas rak besi. Bahagian dulang bawah paling bawah pula tuang air panas mendidih tetapi jangan terlalu penuh sampai tumpah pulak. Ini akan menghalang lapisan biskut bawah tu hangus dan kek keju pula tak akan terlalu kering apabila dibakar. Kaedah bakar ni dipanggil bain marie.

Salah satu cara lagi ialah dengan membungkus bahagian bawah acuan kek dengan aluminium foil dan boleh letakkan terus didalam dulang berisi air.

Bakar lebih kurang 30-40 minit sehingga adunan kek masak. Nak tahu masak bila cucuk kek tester, tiada lagi cecair akan melekat, sebaliknya ada gumpalan kecil... maknanya dah ok la tu dan boleh stop oven.

Biar kek sejuk sendiri dalam oven sehingga betul-betul sejuk. Ini supaya kek tidak merekah dibahagian atas akibat perubahan suhu yang mendadak. Tengok kek saya ada retak sikit bahagian atas kerana tidak cukup sejuk dah keluar dari oven.

Masukkan kek didalam acuan kek terus ke dalam peti sejuk dan biarkan selama semalaman sebelum dikeluarkan dari acuan.

Boleh hias dengan filling blueberry diatasnya.

sumber : enyabdullah.com


No comments:

Post a Comment