Wednesday 21 February 2018

Persoalan

persoalan yang timbul dibenak fikiran
kadang2 tidak semuanya perlukan jawapan
adakala persoalan itu harus dibiarkan
boleh jadi jawapannya melukakan
boleh jadi jawapannya mengecewakan
boleh jadi jawapannya akan menimbulkan persoalan lain
boleh jadi jawapannya tidak memberi apa2 makna
boleh jadi jawapannya mengingatkan tentang kisah lalu

hanya kita yang tahu
persoalan mana yang perlu jawapan
dan persoalan mana yang perlu diabaikan
kerana perkara yang kecil tidak perlu diperbesarkan
kerana perkara yang berlaku ke atas kita
tidak semuanya indah
yang ibarat 'mimpi ngeri' jadikan sebagai pengajaran
terus 'hilangkan'nya ibarat daun berterbangan di tiup angin

ia hanyalah singgahan
dalam setiap fasa
bagi menjadikan kita seorang yang matang
dan sentiasa menjadikan pergantungan penuh
hidup ini hanya pada Yang Satu

الله الصمد (Allah tempat meminta segala sesuatu)


No comments:

Post a Comment