Friday 11 November 2016

7 perkara yang membuang masa


Assalamualaikum wbt

bertemu lagi kita kali ini di ruangan ini. memandangkan saya memang ada sesuatu isu yang nak diketengahkan, maka saya mengambil peluang dan masa ini untuk menuliskannya di sini.

Bila kita melihat anak muda masa kini, termasuk juga diri sendiri. sangat berbeza dengan anak muda zaman dahulu (zaman mak ayah kita mungkin,atau kakak abang kita/ senior). bezanya pada pengisian masa mereka. kalau dahulu, dapatlah jugak melihat yang pegang buku atau surat khabar, atau menolong ibubapa di rumah, atau menelaah di perpustakaan, tapi kini tidak lagi bukan ? buku bukanlah menjadi teman anak muda di zaman IT di hujung jari ini.

jadi,bagi saya, perkara yang anak-anak muda buat sekarang ni di masa kosong mereka, amatlah sia-sia dan membazir masa ! Sebolehnya, kita hindarilah dari melakukan 7 perkara ini.

Apa dia ?

1 - Tengok tv



haa ini adalah hobi bagi mereka yang berada di rumah. kalau dulu rancangan tv terhad sebab tak ada banyak saluran tv, tapi sekarang ? hmm macam-macam. tekan je nak tengok apa . yang lawak, yang jiwang, yang berilmiah sikit, konsert, shopping, semua ada. tanpa tapisan. terutama drama tv 3 yang sangatlah tidak membantu perkembangan diri dan penambahan ilmu. lagi pula saya tengok keghairahan anak-anak muda pada drama cinta yang tak berkesudahan, yang jalan ceritanya sama cuma pelakon saja yang berlainan.

ianya sangat memberi kesan pada jiwa dan fikiran anak muda. mereka akan fikir percintaan itu indah macam yang dalam drama dan berharap untuk sweet sweet macam dalam drama tu. tapi mereka tak sedar pun dan tak peduli pun realitinya macam mana. ye lah, surat khabar pun tak baca, saudara mara pun tak bertegur sapa.

jadinya, bagi mengelakkan berkhayal di alam fantasi, elakkan dari menonton tv ok.

2 - Layan movie



ni satu lagi, lebih kurang je macam yang pertama. cuma yang ni mungkin lebih luas dan bebas dan tak ingat dunia. sebab dia akan ada dalam dunia dia sendiri dan movie tu. dan lebih bahaya bukan setakat movie melayu je dia layan, tapi movie antarabangsa Korea,Hindustan, jepun, english, Mexico dan macam-macam. yang ni lagi bahaya, mesti ada adegan macam-macam yang bukan-bukan, yang melawan adat ketimuran. tak kisah dari segi keganasan atau percintaan dan kejiwangan.

yang bahayanya bila tengok  movie ni, dia akan menyerap masuk otak. otak jadi tak fikir benda lain, iiiiiiiingat movie je. jadinya tak payahlah nak mengaku solat khusyuk semua dan baca qur'an dapat sejuzuk sehari sebab mustahil ! orang yang terlibat dengan perkara ni, dah kalah. kalah dengan nafsu dan juga percaturan musuh Islam .

jadi tak perlu layan movie yang panjang dan entah apa-apa tu, sebab semua tu buang masa.

3 - Dengar lagu


ok. ini adalah hobi baru dan trend masa kini ye. earphone dan headphone sentiasa melekat di telinga. memandangkan nak dengar lagu apa, boleh download saja, dan kita dan (Allah shj) yang tahu kita dengar apa. lagu elok ke, tak elok ke, jiwang ke, dsb, kita sendiri yang pilih. apa yang dapat kalau setiap masa telinga dengar muzik je? dapat ketenangan ? betul ke? mungkin betul, tapi ketenangan tu tak lama. lama-kelamaan akan rasa bosan. pastu tukar  lagu, bosan tukar lagu, pasang zikir, tak boleh, tukar lagu. pastu dapat ape? ada dapat pahala?

kenapa nak sakiti roh kita? kenapa tak bagi makanan rohani kat diri kita?

buang masa. sia-sia saja !

4 - scroll FB dan Insta

yang keempat, ni pun hobi baru. pantang duduk kejap, tangan gatal. scroll-,scroll . bukannya ada apa pun. bukannya baca yang bermanfaat pun. stalk orang la. baca status lawak lah, baca troll orang. ada faedah ke semua tu ? apa kita dapat ?

masa kita. masa kita terbuang. dah lah tarikh kematian makin dekat, dan bukan makin hari makin muda pun. Allahuakbar

5 - Stalk orang / artis



yang ni saya cuma nak tekankan yang dok follow artis @ retiss. buat ape nak ambil tahu pasal kehidupan diorang ? diorang tak bagi apa-apa pun kat kita. diorang pun manusia biasa macam kita tak ada lebih pun. yang lawa-lawa, cantik hensem semua tu, diorang mekap je. diorang buang masa dengan jaga penampilan dan rupa, semata-mata nak manusia tengok, dan tu bukannya rupa diorang sebenar pun. jadi, kita duk terminat tidur tak lena makan tak lalu teringat diorang kenapa ? ada kaitan dengan hidup mati?

buang masa semua tu.

6 - Tidur berlebihan

ini mungkin satu hobi sebab dah bosan buat semua yang di atas.atau pun sebab takde line. atau pun memang hobi sebab malas. tak eloklah. tak baik untuk kesihatan dan perkembangan diri dan otak. hihi. tidur banyak mewarisi kemiskinan dan kemalasan. dan banyaklah kebukrukan dia lagi. banyak lagi benda yang boleh buat jika tidak diisi dengan tidur. tak berbaloilah habiskan masa dan umur kita dengan tidur saja.

buang masa.

7 - Termenung

Laaaast sekali. yess! termenung. ni pun sebab tak ada kerja nak buat atau pun baru bangun dari tidur, ataupun tengah stress, atau apa-apa sajalah. yang penting termenung lama tu buang masa saja !
jadi baik bangun pergi masak kat dapur dari duk termenung di birai katil atau meja study.


* * *
hah . akhirnya sampai juga ke nombor 7 entry ini. banyakkan saya membebel. sebenarnya benda ni yang saya lihat di sekeliling saya dan yang saya rasa, tapi saya tak boleh nak direct cakap depan orang yang buat tu, huhu. atau kdang-kadang saya yang terbuat, pastu rasa menyesal.

jadi kawan-kawan, boleh elakkan 7 perkara di atas. supaya masa dan umur kita tidak terbuang begitu sahaja. dan  kita ada matlamat lebih besar iaitu mengangkat Islam di dunia ini. di samping itu, musuh-musuh Islam pula sibuk menyusun dan mencatur segala rancangan, untuk memusnahkan umat Islam dan kita buat apa? buang masa? Islam akan tertegakkah ?

jadi (kedua kalinya), setelah saya bagi 7 perkara yang perlu elak, mungkin lepas ni saya post perkara yang perlu buat bila tak tahu nak buat apa. Inshaalah. nantikan .


No comments:

Post a Comment