Saturday 24 March 2018

Peluang kedua

manusia mudah lupa
sebab itu sentiasa perlukan bimbingan,nasihat,teguran
dalam kehidupan ini
apa yang kita tahu dan pelajari
realitinya takkan sama dengan teori
praktikalnya perlukan kesungguhan
percubaan kepada sesuatu yang baru

selagi kita selalu bagi alasan itu ini
sampai bila pun
diri kita akan berada di takuk lama
bahkan mungkin lagi teruk dari yang sebelumnya

peluang kedua
itu tanda kasih sayang Allah
bila kita tersilap langkah
khilaf,lalai,lupa
Allah hadirkan insan yang menegur

sebelum terlambat
sebelum waktu berakhir tiba
sebelum tiada ruang untuk peluang kedua
ayuh lah bangkit kembali
galilah ruang semangat dalam diri
kerana sebelum ini
kamu bukanlah lemah seperti ini

kuatlah
bukan buat sesiapa dulu
tapi dirimu sendiri.
ya, kamu harus kuat untuk diri sendiri.
terus merintih di hadapan Allah.
asbab lemahnya kita di hadapan Dia.

(air mata bertakung)





No comments:

Post a Comment