Friday 17 May 2019

Wanita

Assalamualaikum semua.

Dah lama saya tak menulis di ruangan ini. Maklumlah nak stabilkan diri dengan kehidupan bertiga pula.

Kehidupan selepas grad ni lebih mencabar. Ternyata kita dah kembali kepada realiti masyarakat dan kehidupan. Kalau zaman belajar tak terasa sangat. Fikirkan keperluan diri,hidup dalam komuniti pelajar dan hanya capai target pelajaran.

Masuk pada tajuk, bulan ni banyak sambutan tertentu. Ada hari wanita,hari ibu dan hari guru. Semua ni berkait dengan wanita.

Jika nak dibandingkan lelaki dan wanita,siapakah yang lebih pelik dan unik? Jawapannya wanita. Sebab apa? Sebab Allah ciptakan dia penuh emosi,perasaan dan mampu berfikir sekecil2 perkara.

Wanita
Kadang diri sendiri pun sukar difahami
Apatah lagi nak memahamkan orang lain.
Kadang menangis tertanya sendiri
Aku nak apa sebenarnya
Kadang banyak yang nak diceritakan
Tapi perlu tapis mana perlu dan mana tak
Kadang tak nak susahkan orang lain
Tapi kudrat seorang wanita tak mampu berseorangan
Kadang mahu sempurna dalam semua benda
Tapi sedar yang sempurna itu hanya Allah

Kudrat dirinya dicurahkan pada orang sekelilingnya
Hingga tak sempat membelai diri
Penuh dengan emosi dan tugas yang berselirat
Tetap sabar menguruskan satu persatu perkara
Nak berehat pun perlu fikirkan orang lain
Terutamanya anak.

Ada satu hadis Nabi yang berbunyi mafhumnya : jika seorang wanita ni buat perkara ni,dia akan masuk syurga. Solat,puasa,taat suami.

Hadis ni bagi satu kesedaran,sebenarnya ia tak mudah. Ia mudah bagi wanita bujang,tapi belum capai satu perkara iaitu taat suami. Tapi bagi wanita berkahwin,ianya tak mudah bila dah dikurniakan cahaya mata.

Solatnya tak seperti dulu,puasanya tak seperti dulu. Bila dah mengandung,dan menyusu,macam macam cabaran kena hadapi. Yang dah lalu tu fahamlah,yang bakal lalu tu bersedialah,dan sentiasa bersabarlah.

Nak taat suami pun bukan senang,kita pernah ada kehidupan sendiri,kita dengan suami dari latar belakang berbeza,keluarga dia lain,keluarga kita lain,kegemaran dia lain,kegemaran kita lain. Impian dia lain,impian kita lain. Semua tu banyak kena bincang dan tolak ansur.

Jadi begitulah. Contohilah wanita2 Islam sepanjang zaman dari sahabiah dan salafussoleh. Khadijah,Aisyah,Asma',Sumayyah,Asiah,Maryam.Mereka dah tunjukkan bagaimana kedudukan seorang wanita itu.
Bagaimana seorang wanita itu seharusnya berperanan. Dan ingat,nak jadi isteri solehah itu tak semudah ungkapan di bibir.
....

Alhamdulilah dapat curahkan semua yang tersimpan di hati. Bersama dengan Allah,berbahagialah duhai wanita.

No comments:

Post a Comment