Thursday 1 February 2018

#rasa

tahun baru sudah genap sebulan. bererti sudah 2 bulan kehidupan aku sebagai 'suri rumah sementara'. aku rasa hidup ni perlu diperbaharu. perlu ada semangat baru.
takkan nak biarkan detik2 umurku berlalu begitu saja berterbangan menjadi debu2 tidak berguna?

dalam setiap hela nafas kita, ada rahmat Allah. Allah bagi kita bernafas di bumi. takkan saja-saja?
setiap masa nikmat Allah mencurah-curah pada diri kita dan sekeliling kita, kenapa kita masih mencari-cari dunia untuk memenuhi kehendak seharian kita?

kenapa manusia susah hendak bersyukur? kenapa sentiasa lalai? kenapa tidak menunaikan kewajipan sebagai hamba?

terutamanya para Huffaz. hidup seperti orang biasa. seperti bebas setelah khatam 30 juzuk. di mana usaha? usaha untuk mengekalkan hafazan. tidak takutkah pada mati yang menjemput bila2 masa? T_T

Allah maha pengampun. sejauh mana hambanya lari darinya, bila hambanya mencari Allah, Dia semakin dekat.

Allah tak pernah jemu. tak jemu menerima taubat hambanya yang berdosa. kerana manusia memang akan sentiasa melakukan dosa, tapi sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat.

semakin hari,usia kita semakin pendek. usah lengahkan perubahan pada kebaikan. Allah takkan sia-siakan amalan baik yang kita lakukan. dan amalan baik itu menghapuskan dosa-dosa kita.

- menagih Ikhlas dan cintaNya -
- pesanan untuk diri sendiri -



No comments:

Post a Comment