Friday 12 January 2018

Episod baru

aku bersyukur
dengan kisah kita bertemu
kerana ianya berbeza
dari kisah orang lain
yang penuh liku dan selok beloknya

yang kita selalu dengar
kisah orang saling mengenal
dan bercinta sebelum ikatan halal
jalannya panjang
pasti ada waktu bermasam muka
pasti hati tidak tenang 
kerana bimbangkan kekasih diambil orang
pasti ada cinta segi tiga
pasti ada putus di tengah  jalan
dan berbagai lagi

tapi kita berbeza
setiap detik menunggu harinya
hatiku penuh debaran
bagaikan tidak percaya
aku bakal menamatkan zaman bujangku
dengan seseorang yang telah tertulis buatku
yang aku tidak tahu bagaimana orangnya
hanya nama yang ku kenali
berjumpa apatah lagi tidak

kau juga begitu
tidak bertanya khabar perkenalan
hanya menunggu waktu dipersatukan
tiada bicara antara kita

aku tenang
kerana kita menyerahkan takdir ini kepada Allah
kita percaya
takdir yang menemukan kita
tanpa banyak persoal kenapa
walaupun aku sebenarnya
berfikir panjang tentang kita

dan akhirnya
kisah kita bermula
setelah lafaz akad itu diperdengarkan
kau telah memuliakanku
dengan mengambilku sebagai pendampingmu
dengan cara terhormat

maka terciptalah sebuah ikatan
antara kita
kita akan harungi hidupan ini
bergenggam tangan
kamu adalah aku
aku adalah kamu
dua jiwa menjadi satu


* * *
Sepanjang hidup 
by Maher Zain

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya

Inilah janjiku kepadamu
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
kau hadir sempurnakan seluruh hidupku

Inilah janjiku kepadamu
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi


No comments:

Post a Comment