Tuesday 6 February 2018

menjadi diri

kadang2 bila memikirkan kekurangan diri
yang dah lama bersarang dalam diri
tak terungkap rasa sedihnya
adakah aku tak cuba berubah?
adakah aku takut hendak mencuba sesuatu yang baru?
adakah aku tak mahu mengubah?
semangat itu ada turun naiknya
dan bila ia sedang hilang
fikiranku menjadi kusut
diriku lemah
seolah tiada cahaya di hujung jalan

kita tak mampu ubah orang
tapi kita mampu ubah diri
hanya perlu tahu apa yang nak diubah
dan dibaiki
dan semangat yang tak putus
hingga berjaya


No comments:

Post a Comment