Sunday 10 December 2017

Seorang Ibu

Ibu, seorang insan yang cekal
sejak kita dilahirkan
dialah yang sentiasa ada di sisi
dialah guru,ibu dan kawan
walau berbagai derita suka duka yang dilalui
tetap tersenyum seolah tiada apa yang berlaku
segala yang dilalui, dirasai,dilukai
hanya disimpan seorang diri.

tak pernah jemu menasihati,
menegur, berbincang, menunjuk jalan
di setiap langkah anak-anaknya
agar kesalahan sama tidak diulangi
dan agar dapat memberi yang terbaik
buat anak-anaknya.

dalam setiap sujud dan doanya
tak pernah sesekali
lupa selitkan doa buat anak-anaknya
tanpa dipinta pun
dia tetap mendoakan
kerana dia tahu
kekuatan doa seorang ibu.

ibu,
walaupun dipandang sepi
oleh wanita yang berkerjaya
tapi kerjayanya sendiri
satu pekerjaan yang terpuji
tiada rehat
tiada cuti

apa yang menjadi kekuatan seorang ibu
adalah sabar
sabar dalam apa jua situasi
tidak mengeluh
dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada

hidupnya bukan untuk diri sendiri
tapi orang tersayang sekelilingnya
semua keinginannya
kesenangannya,
ditolak ke tepi
demi memberi
pada anak-anaknya.

tiada hadiah yang berharga
yang dapat membalas semua
jasa, pengorbanan, penat lelah
seorang ibu.
hanya doaku juga akan sentiasa mengiringimu
duhai ibu.

aku bersyukur,
dapat merasai kasih sayang seorang ibu
walau aku tidak dapat lari dari
melukaimu.
jika aku mampu,
aku mahu sentiasa menyenangi hatimu
menggembirakanmu
sehingga ibu lupa tentang
kelelahan hidup ini.

aku sayang ibu

12112017 . 22031439
Kota Bharu


No comments:

Post a Comment