Monday 4 July 2016

Kemeriahan Puasa di Mesir

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diri ini sempat merasa Ramadhan di Mesir pada tahun ini. Paling nikmat selepas habis exam beberapa hari selepas masuknya Ramadhan. Bila sebelum Ramadhan kita dah ada taret dan plan yang nak capai,lagi kita jelas apa halatuju kita sepanjang Ramadhan. Yang penting kita takkan buang masa dalam bulan mulia ini !

Puasa di Mesir

Kedatangan Ramadhan disambut dengan meriah sekali. Beberapa minggu sebelum Ramadhan,sudah terjual di deretan kedai fanus dan lampu2 yan biasanya akan dipasang oleh masyarakat Mesir di rumah- rumah mereka. berbagai bentuk fanus dan lampu yang tersedia tak kira besar atau kecik ringan atau berat,murah atau mahal, semua ada!

1) Lampu kelip2 dan fanus warna warni



gambar google juga sebab saya tak berkesempatan nak ambil gambar dan tak cantik pun kalau saya ambil :P

tak dapat nak gambarkan rasa tu. kalau masyarakat Malaysia kan biasa pasang lampu2 time raya. nampaklah kemeriahan dia. tapi ni lain,pasang time Ramadhan !

2) Maidatur Rahman

Antara kelainan apabila Ramadhan disini adalah pada Maidatur Rahmannya. Makanan yang  disediakan oleh masjid2 untuk juadah berbuka. Biasanya kalau hari-hari yang tidak memasak bai pelajar-pelajar di sini, Maidatur Rahman adalah solusinya. Tapi kena pergi cop tempat awal-awal ! kalau tak, makan nasi tak berlauklah jawabnya.

satu lagi,jangan risau kalau anda dalam perjalanan dan tidak membawa apa-apa makanan untuk berbuka,bila tiba waktu berbuka akan ada oran yang bahagikan minuman atau kurma di tepi jalan.
tiba-tiba orang boleh jadi pemurah di bulan ini.

sebab jauh dalam sudut hati manusia, secara fitrah memang sukakan kebaikan. tapi biasanya ditutup oleh persekitaran dan hawa nafsu.



3)Taraweh

Solat Taraweh biasanya 8 rakaat dan disudahi dengan 3 rakaat witir. Biasanya kebanyakan masjid akan menghabiskan 1 juzuk untuk 1 malam. Bacaan yang merdu dan panjang itulah keunikannya di Mesir. Oran muda dan tua juaga kanak-kanak turut serta berterawih di masjid. Walaupun ada yang tua, tetap berusaha untuk terawih di masjid. Bila yang tua bersemangat, malulah kalau orang muda tak mampu.
satu lagi,bacaan doa dalam solat witir di rakaat terakhir sangat panjang melebihi 5 minit. Mula-mula tu memang lenguh juga,tapi bila dah seminggu kaki pun boleh tahan dah berdiri lama!



4) Qur'an
bila Ramadhan,alunan Qur'an akan terdengar di mana-mana. di kedai-kedai,dalam kenderaan, oran awam,pak cik peniaga. hidup dengan al-qur'an. tapi bukanlah yang penting khatam al-qur'an tapi sejauh mana kita hayati dan mengamalkan isi terkandung dalam al-qur'an.
umat Islam kini, jahil sebab tidak dekati dan fahami al-qur'an sebaiknya. sebaliknya berpandukan hawa nafsu dan logik akal semata.
oleh itu,mudahlah musuh Islam ingin menghancurkan jatidiri umat Islam.

5)Sahur

biasanya beberapa jam selepas terawih,ada orang akan ketuk ..apa namanya tak tahu pula. ketuk untuk kejut sahur.kuatnya senua orang boleh dengar kecuali ... orang tidur mati x_x. dia akan kelilin semua tempat. Tapi disebabkan jarak waktu terawih dan sahur amatlah dekat,kadan-kadan terlepas sahur perkara biasa.kalau hari tu penat sanat tak sempat rehat.
jadi kadang-kadang terpaksa buat hirasah bagi memastikan sahur berjalan. haru kalau masak siap2 untuk sahur,tapi tak terbangun !
walaupun sahur tu penting,yang penting Tahajud tak tinggal. Time Ramadhan ni lah nak latih Tahajud tiap malam tak tinggal.



6)Panas
walaupun ini bukanlah satu kemeriahan, tapi ini antara satu kelainan puasa di sini. siang hari yang panjang dan panas. memang menguji kesabaran dan mendidik nafsu menahan diri. tak terkata penat dan dahaganya di sian hari. sebab itulah berbuka dan minum air itu adalah satu nikmat!
2 perkara yang menggembirakan seorang mukmin, waktu bertemu tuhannya dan jua waktu ... berbuka. Nikmat sangat.

ok. setakat ni ini sahaja yang terlintas. puasa kat Mesir memang best sebab meriah sangat. hidup suasana Ramadhan.

akhir sekali, janganlah ibadah-ibadah kita terhenti pada bulan Ramadhan sahaja. Kun rabbaniyyan wala takun Ramdhaniyyan . jadilah hamba Allah, bukan hamba pada Ramadhan !

berdoalah agar kita dimatikan dalam husnul khatimah, dan diberi peluang lagi bertemu Ramadhan akan datang !






No comments:

Post a Comment