Wednesday 27 April 2016

Cerita Fiqh Muqaran hari ini

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam kami dah mula Imtihan Syafawi di Al-Azhar. Macam biasa, pagi tu sampai sahaja di kuliah, terus kena cari lajnah kita kat mana. Bila nak cari lajnah tu, tak sah kalau tak tawaf satu bangunan kuliah tu bagi sesetengah orang. Tapi memandangkan sekarang dah ada kemudahan group di Whatsapp, segala pencarian lebih mudah, hanya update sahaja di situ.

Al-kisahnya hari ini, Imtihan Syafawi (ujian lisan) untuk madah Fiqh Muqaran (fiqh perbandingan). Subjek ni membincangkan hukum setiap masalah dan pandangan setiap mazhab yang ada terutama 4 mazhab yang utama dan dalil-dalil bagi menguatkan hujah mereka beserta pandangan yang paling rajih (betul), atas sebab--sebab kuatnya dalil dan hujah mereka.

jadi madah ini agak panjang perbincangannya. tambah lagi tahun 3 ni, bukunya agak tebal dan membincangkan tentang Jinayat (jenayah).

begitulah serba ringkas tentang madah Fiqh Muqaran. Tadi setelah lebih kurang sejam saya mengulang-ngulang bacaan sebelum masuk berjumpa dengan dukturah, saya yakin dah ulang apa yang saya baca, saya tunggu giliran untuk syafawi. Lepas seorang pelajar wafidat selesai, saya terus ambil tempat depan dukturah. Dukturah tu namanya Intisor. Setelah tanda pada nama saya, beliau mula soal saya.

Soalan yang sangat-sangat senang dan saya tak dapat jawab sebab fokus pada bahagian selepas tajuk tu. Dan saya akan ingat jawapan ini sampai bila-bila. (menyesal)

"Arrifi Jinayat" ( bagi maksud jenayah)

tak dapat jawab.

"awak baca tak?'
"baca.."
"kalau baca, jawablah"

Fikir. apa ye jawapannya? ergh...

"baiklah.awak baca yang mana?"
"Taarif qatlu" (maksud bunuh)

"arrifi qatlu" (bagi maksud bunuh)

ermmm. apa ye? lupa lagiii...

kemudian, dukturah bagi saya sebutkan apa yang saya ingat. Selepas 3 soalan lain, selesai ujian syafawi saya hari ini. Kawan-kawan ada lagi yang belum masuk, dari tadi mengulang dan menghafal.

hari ni saya nak simpan dua maksud tu, supaya saya ingat sampai bila-bila !

الجنايات شرعا : هو فعل محرم شرعا يحل بالنفوس والأطراف
القتل فى الاصطلاح : هو فعل من العباد تزول به الحياة

maksud
jenayah : perbuatan yang diharamkan syaraa pada jiwa dan anggota
bunuh : perbuatan dari hamba yang menghilangkan nyawa

Pengajaran :
jangan sibuk fikir benda besar hingga abaikan benda kecil yang lebih penting. macam peribahasa : kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak.

eh. tapi maksud dia lain pulak - kesalahan kecil orang lain nampak, kesalahan besar diri sendiri tak nampak.

ok itu saja hari ini. Sebab saya ingat roommate saya pernah pesan, nanti habis exam kena update kat blog, senang adik-adik nak rujuk sebab si kakak ni benda tahun lepas pun dah lupa. haha. orang tanya semua tak ingat dan tak tahu.

wassalam



No comments:

Post a Comment