Tuesday 29 March 2016

Bahagia dalam syukur

Assalamualaikum

tiba-tiba terfikir pasal satu perkataan iaitu 'syukur',yang sangat hebat peranannya kepada manusia. Segala kekurangan,ketidakcukupan, kecacatan, kemewahan, kehendak dan sebagainya akan terhapus dan memadai dengan apa yang ada bila seorang manusia itu bersyukur. Bersyukur adalah kita berterima kasih kepada Allah terhadap apa yang telah dikurniakan kepada kita. Walau terhadap sekecil-kecil perkara seperti bernafas dan menghirup udara.

Firman Allah Taala di dalam Al-Qur'an dalam Surah Ibrahim ayat 7:

"Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu, maka pasti azabKu sangat berat"

Bila manusia bersyukur, tiada lagi rungutan-rungutan yang akan kedengaran. dan sebenarnya manusia memang perlu menjadi hamba yang bersyukur, sebab dengan rahmat dan kasih sayang Allag, mereka boleh hidup di atas muka bumi ini. Walaupun ada yang diuji tidak kira dengan kesenangan atau kesusahan.

Rasa bersyukur boleh ditanam dalam diri dengan melihat tanda-tanda kebesaran Allah di sekeliling manusia, dan melihat apa yang Allah pinjamkan kepada kita di dunia.

Seorang manusia mengeluh kerana bajunya sedikit, tetapi ada orang yang tidak punya sehelai baju pun dek musibah yang menimpa. kebakaran rumah dan seumpampamanya.

Ada yang mengeluh kerana tidak mendapat kasut baru idaman. padahal kasutnya yang lama masih elok, sedangkan ada manusia yang cacat tidak berkaki mahu merasai memakai kasut yang cantik.

Seorang manusia mengeluh susah untuk belajar dalam kelas, dalam keadaaan negaranya aman tanpa perang, ada sistem pembelajaran, segalanya telah disediakan. Sedangkan di sana, anak-anak kecil berdepan dengan kematian untuk ke sekolah dek negara yang berperang.

ada yang mengeluh merasakan tubuhnya ada kekurangan sehingga rasa malu berdepan dengan manusia, walhal dirinya sempurna punya tangan dan kaki tanpa cacat, sedangkan di sana ada yang tidak bertangan, tapi mampu melakukan aktiviti seperti manusia biasa.

manusia bila bersyukur, semuanya pasti akan cukup. dan akan lebih mensyukuri nikmat-nikmat Allah. cubalah kira nikmat kurniaan Allah yang sedang kamu miliki sekarang ini. dan lihat apa yang kamu balas untuk Allah atas segala kurniaanNya. Pantaskah kita meminta lagi pada Dia yang sering memberi ?

Seharusnya orang-orang Islam perlu bersyukur dengan nikmat Islam yang sampai padanya dan berusaha menjadi hamba yang terbaik dan menggolongkan diri dalam pendokong Dakwah dalam menegakkan Islam di bumi. hingga tergolong dalam "sungguh beruntung orang -orang yang beriman"
yang disebut dalam Surah Al-Mukminun.

Bersyukur dan hargai kehidupan. itulah bahagia.

wallahu A'lam.



No comments:

Post a Comment