Bismillah
dah lama rasanya tak menulis.
sekarang kami pelajar Al-Azhar sedang menekuni buku dan menyelami ilmu, dalam persediaan menghadapi Imtihan Fasa 1. Terasa betapa kerdilnya diri dalam lautan ilmu, yang tak mampu untuk dihadam semuanya kecuali sedikit. Terasa betapa ruginya di Azhar ini tidak berpeluang menghabiskan satu buku untuk dibaca,hanya mampu sebahagian.
sungguh, ilmu itu akan didapati apabila seseorang itu berusaha mencari,rajin membaca, menekuni, berfikir dan merujuk guru. jika hanya membaca untuk imtihan, maka dia akan mendapat sebanyak itu sahaja, sekadar menghadapi ujian kemudian dilupakan setelah berakhirnya imtihan itu.
kata guru : ilmu yang hakiki adalah ilmu yang dapat membawa kita mengenal Allah, dekat pada Allah. sebaik-baik ilmu adalah yang diamalkan dan disampaikan.
namun,ramai juga sebenarnya yang kecundang dalam menuntut ilmu tanpa sedar. dia menuntut ilmu, kemudian taasub pada gurunya. dia menuntut ilmu, kemudian merasakan ilmunya sudah mencukupi. dia menuntut ilmu, kemudian, menuding salah pada pandangan orang lain. dia menuntut ilmu, kemudian merasakan hanya dirinya sahaja yang betul.
nauzubillah min zalik.
sebab itu, sebelum kita menuntut ilmu, doalah pada Allah agar ilmu itu diberkati,ilmu ini yang benar dan dapat memandu diri pada sirotol mustaqim, jalan orang-orang yang benar, bukan jalan orang-orang yang disesatkan.
waallahu a'lam
* * *
masuk pada point saya hari ini, tentang kisah manusia yang mencari ketenangan dan kepuasan diri. terutamanya orang-orang muda, pemuda pemudi mahasiswa dan mahasiswi, di mana-mana sahaja, dalam mahupun luar negara.
(sebenarnya nak tulis tentang benda lain, tapi takpelah. post yang ni dulu)

No comments:
Post a Comment