Assalamualaikum.
Kali ni saya cuba untuk menulis lagi. Membawa kita sama-sama untuk berfikir dan muhasabah diri.
Sebagai seorang muslimah yg hidup di zaman moden dengan kewujudan teknologi canggih dan sebagainya, kita tak boleh lari dari berhadapan dengan masyarakat atau lebih tepat, berurusan dengan lelaki ajnabi. tak kira siapa pun kita, apa jua kondisi dan profession,pelajar, guru, ibu, suri rumah, ketua persatuan,isteri, dan seterusnya.
Saya melihat, kebanyakan muslimah hari ini sudah tidak menjaga kehormatan dirinya, tidak menjaga batas-batas yang telah digariskan, tidak sopan dari segenap sudut dan banyak lagi.
Wanita adalah makhluk yang telah diangkat darjat serta kemuliaannya setelah kedatangan Islam, sesuai dengan peranan dan fitrah wanita itu sendiri. Sikap peribadi wanita yang berprinsip sangatlah penting dalam melahirkan generasi yang hebat dan berkualiti.
wanita hari ini juga adalah cerminan generasi akan datang, kerana generasi terdidik di bawah kuasa seorang ibu. Semakin taat wanita itu pada Allah, semakin baiklah generasi yang akan datang.
wanita yang benar-benar berpegang dengan agama Islam, akan melahirkan pemuda yang berjiwa pejuang agama.
sebab itulah pentingnya muslimah hari ini menjaga adab dan akhlak serta kehormatan diri masing-masing. musuh-musuh Islam juga tidak akan berhenti mendatangkan berbagai taktik baru untuk menghancurkan muslimah.
Oleh itu, sedarlah duhai Muslimah ! dirimu begitu berharga. kamu tidak layak untuk dipermainkan oleh sesiapa pun, tidak patut juga terpedaya dengan permainan musuh!
ok, ini baru muqaddimahnya. susah juga nak susun ayat rupanya.
Hijab
Dulu time sekolah, sejuk hati bila memandang pelajar banat (perempuan) semuanya mengenakan tudung labuh menutup dada.
tapi sedihnya bila sudah keluar sekolah masing-masing membawa haluan sendiri, ada yang setia dengan tudung labuh, ada juga yang sudah singkat sedikit, tak kurang juga yang terus hilang tudungnya.
lagi sedih bila dah masuk universiti, lagi bebas lah gaya pemakaian tudungnya. ada yang mungkin rasa,
"alah, ok apa. asal pakai tudung"
ditambah pula hari ini, dikenalkan pula macam-macam gaya tudung. tak salah nak bergaya, tapi pastikan menjaga batas aurat.
pesan saya cuma satu : labuhkan tudungmu muslimah.
Firman Allah dalam Al-Qur'an :
“Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalahMaha Pengampun dan Maha Penyayang.” (al-Ahzab:59)
saranan saya agar semua muslimah pastikan tudung yang dipakai bukan sahaja labuh dibahagian hadapan menutupi dada, tapi juga dibahagian tepi sehingga ke paras siku agar lebih tertutup. manis bukan seorang muslimah bila berpakaian kemas dan labuh?
dalam membicarakan soal Iffah, kita takkan lari dari menyentuh tentang aurat. seperti yang diketahui, aurat seorang muslimah adalah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan.
oleh itu, dalam menggayakan fesyen-fesyen terkini, pastikan pakaian kita menepati syariat yang telah digariskan. selain mentaati perintah Allah, ia juga sebenarnya lebih selamat untuk diri kita, juga menghalang orang lain dari mengganggu kita.
di sini saya kongsikan syarat pakaian seorang muslimah:
1) mestilah menutup aurat
2) warna yang tidak menjolok atau menarik perhatian lelaki
3) Tidak ketat dan menampakkan lengkuk tubuh
4) tidak jarang atau tembus pandangan
5) tidak berwangian secara berlebihan
6) tidak menyerupai pakaian lelaki
7) tidak menyerupai pakaian wanita fasiq
dalam kita berhias, tanyalah pendapat sahabat-sahabat kita disekeliling selain melihat diri di cermin.
"awak, ok tak baju kita, jarang tak? ketat tak?"
"eh jarang ni. kena pakai baju kat dalam . baru tak nampak"
"ye ka? terima kasih awak !"
atau
"ketat ni.. tak boleh pakai kat luar. pakai dalam rumah je"
"ooo ok lah"
Media sosial
sekarang semua dah ada smartphone kat tangan masing-masing. tak kisah tua muda kaya miskin lelaki perempuan kanak-kanak dewasa, semua di hujung jari.
memang tak salah kita nak gunakan kemudahan yang ada, tapi perlulah ada hadnya. seperti pisau, jjika digunakan untuk memotong sayur, bawang, kentang di dapur maka tiada masalah. tapi jika digunakan untuk mencederakan orang lain atau dibuat mainan. maka ia sangatlah bahaya.
jadi nasihat saya untuk muslimah, saya tahu anda ada Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi. untuk lebih selamat, dan asalnya adalah menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, tidak perlulah anda friend dengan lelaki atau follow ke difollow ke dengan lelaki yang bukan muhrim.
ini kerana akaun anda adalah hak anda seperti bilik tidur anda. jadi tak ada siapa pun yang boleh masuk.
jika anda membenarkan mereka (kawan-kawan lelaki atau sesiapa sahaja yang bukan muhrim) friend dan follow anda, mereka boleh lihat segala aktiviti dan hidup anda serta diri anda tanpa penghadang.
jikalah muslimah itu memang suka mengupload gambar dan update kehidupan hariannya, jika dia diganggu kemudiannya, maka salah siapa?
walhal tak semua gambar yang diupload adalah cantik. dan ada juga beberapa perkara kadang-kadang tak perlu pun nak post.
pesan saya : untuk lebih selamat dan mengelakkan dari berikhtilat walaupun di alam maya, tak perlu anda send request atau pun approve atau pun follow mana-mana lelaki yang tiada kaitan dengan anda. tak kisahlah hensem ke minat ke classmate ke schoolmate ke. tapi jagalah iffah anda dan hati anda.
perisaikanlah diri dengan malu.
sekian sahaja untuk kali ini.
bersambung insyaAllah



No comments:
Post a Comment