di sini saya kembali menulis. buat pedoman dan pengajaran buat diri sendiri serta semua yang ada. guru terbaik dalam kehidupan adalah pengalaman. dari hari ke hari, umur kita makin meningkat. masa yang berjalan tak pernah menunggu kita. iman pula ada turun naiknya. marilah kita muhasabah, adakah hari-hari kita benar-benar selari dengan apa yang Allah inginkan, selari tak dengan tujuan Allah menciptakan kita.
fitrah manusia. memang sukakan kesenangan dan kerehatan. tak ada siapa pun yang suka berpenat lelah, berhempas pulas, menyumbang tenaga dan idea habis habisan dan seumpamanya. lebih lebih lagi bila sebut pemuda atau orang-orang muda. lagilah suka nak rehat-rehat, duduk rumah, main henset, tengok movie semua.
tapi tahu tak? ada satu golongan yang telah dipilih oleh Allah, untuk bersama-sama dalam memperjuangkan agama Allah. mereka perlu berjuang menyebarkan Islam yang sebenar kepada masyarakat.Menyedari hal itu, maka mereka telah menyerahkan diri pada agama Islam ini dengan menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah (DnT). Mereka ini yang digelar sebagai pendokong dakwah atau Daie (orang yang menyeru).
Siapa Daie?
Muslim yang siap menyerahkan diri pada agama Allah. menanam tekad dalam diri untuk menyebarkan Risalah kepada seluruh masyarakat. Mereka yang mengikut jalan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam.
Jalan Dakwah
Lumrah yang terjadi, para daie akan melalui berbagai tekanan, ujian dan cabaran oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa menentang.
"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan"Kami telah beriman" dan tidak diuji ?" (29:2)
Matlamat Daie
Mengajak manusia kembali kepada agama Allah dan sistem Islam.
Balasannya
Keredhaan Allah dalam hidup dunia dan akhirat serta syurga bagi orang-orang beriman dan bertaqwa yang seluas langit dan bumi.
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga buat mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Qur'an.
dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung" (9:111)akhir kalam, jalan ini bukan rekaan atau sekadar cerita. telah banyak diceritakan dalam simpanan sejarah, jiwa-jiwa yang ikhlas menerima amanah membawa risalah ini, akhirnya bertemu dengan Allah, membawa segala luka dan cerita keperitan mereka. telah banyak jiwa yang terkorban dalam menyebarkan risalah Islam. perjuangan mereka inilah yang telah menyampaikan Islam kepada generasi kita hari ini.
Apakah kita masih membiarkan diri kita lena tanpa menyambung perjuangan menyebarkan risalah ini? apakah kita mahu membiarkan generasi selepas kita tidak mengenali Islam? sanggupkah kita berdepan dengan soalan Allah di akhirat kelak mengapa amanah ini diabaikan ?
Ambillah semangat dari generasi para sahabiat dan salafussoleh dalam mendepani cabaran dalam perjuangan ini. mereka telah membuktikan janji Allah itu benar. mahukah kita turut tergolong dalam kalangan mereka ?
marilah memikul amanah ini bersama.
"dan ingatlah ketika suatu umat diantara mereka berkata, "mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang keras? ". mereka menjawab " agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa" (7:164)
- - - - - - -
peringatan buat diri dan semua .
wallahu a'alam.

No comments:
Post a Comment