Monday 13 July 2015

Hari-hari terakhir ku

Salam Ramadhan 1436H

hari ini, sudah ramadhan yang ke 26 Ramadhan. dari sudut hati yang dalam, rasa sedih tu ada. sedih sebab tak memanfaatkan Ramadhan ni sebaiknya, seperti yang diuar-uarkan lewat awal-awal Ramadhan dulu. kenapakah?

dulu, pandang remeh tentang persediaan Ramadhan yang ramai duk kecoh-kecoh.
"macamana persediaan Ramadhan?"
"target dah ada. dah praktis untuk Ramadhan ni?"

ternyata, ia memang benar. persediaan itu perlu. latihan itu perlu. agar tidak pancit di tengah jalan. bila kita tak biasa, dalam masa yang singkat,  nak terus pecut, memang tak mampu, bagi kita manusia biasa.

jadi, dalam masa sesingkat ni, tolong, manfaatkan, tolong, jangan buang masa lagi, dan tolong, jangan beribadah sebab Ramadhan je, tapi kerana Allah.

dan moga dengan keinsafan ini, kehampaan ini, kekecewaan ini, teruskanlah mencapai target-target atau hadaf yang tak tercapai tu. jangan pernah berhenti berlari.

teruskan bergerak. sebelum terhenti waktunya. jangan ditangguh lagi persediaan untuk mencapai cita-cita kita.

saya lihat, pemuda pemudi Muslim hari ni sebenarnya ramai yang sedar. yang bercita-cita untuk menegakkan Islam, untuk memiliki ilmu agama, untuk beri manfaat pada masyarakat, untuk menjadi insan berguna, untuk syahid di jalan Allah,

tapi ramai yang tenggelam. atau pun tak tahu cara. atau pun tak tahu macam mana nak mula.

mungkin sebab diuji dengan kesenangan dan keselesaan.

 kalau pemuda di tempat lain, negara Islam lain, yang ditindas, mereka tak pernah fikir pasal diri sendiri. tak pernah fikir pasal makan harian. pasal dunia. mereka hanya fikir tentang umat. tentang negara mereka. tentang Islam.

nak nanges.


ok. bolehlah habiskan tilawah qur'an anda. pecut!

**ada orang tengah baca blog ni :P bolehla komen yee

No comments:

Post a Comment