Friday 3 July 2015

Coretan Ramadhan II

Bismillah

Assalamualaikum ..
coretan Ramadhan kedua, bersambung dengan yang tahun lepas. sekali setahun je, uhuk.

Kali ni Ramadhan tahun yang kedua di Mesir bersama akhawat fillah, mengharungi detik - detik Ramadhan bersama.

Tahajud dan sahur
Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi tertinggal sahur walaupun bangun lagi 10 minit nak azan Subuh. kalau Tahajud err ada tertinggal beberapa malam. adehh

ada satu kali saya kami ahli beit bangun lewat, dah hampir - hampir Subuh, dan saya agak terperanjat bila sorang kakak tu, dia sempat lagi tung tang tung tang kat dapur, masak. MashaAllah lah. saya ingat nak makan kurma dengan air masak je lah. tapi rupanya sempat je makan.

kat sini, Subuhnya jam 3 lebih. jadi alhamdulillah kami puasa 16 jam di sini. dah lama-lama bertenaga je. siapa kata puasa tu melemahkan. taklah, puasa tu menguatkan.

Berbuka
Ramadhan ni memang sinonim dengan sahur dan berbuka, itulah yang istimewanya. waktu berbuka pula mungkin seperti Malaysia juga, pukul 7. dan juadah kami, macam-macam lah. bila dah berpuasa tu makanya, banyak benda lah mengidam nye. tapi, menariknya kat sini, makanan-makanan Malaysia bukannya mudah nak dapat, manalah nak ada bazar, jadi solusinya masaklah sendiri.

menarik kan? benda yang kita tak pernah masak, kita belajar. seronok!

Terawih
Alhamdulillah berkesempatan untuk terawih di masjid. selalunya memang 8 rakaat dan ditambah witir 3 rakaat. yang seronok, masa witir, imam doa panjang-panjang. walaupun lenguh sebenarnya, tapi doa kan mustajab di bulan mulia ini.

Bulan Ibadah
apa yang menarik Ramadhan di sini adalah, masyarakatnya yang menghidupkan ruh Ramadhan. Meriah sangat. kebanyak rumah akan menggantung fanus dan lampu warna - warna. dan di setiap kedai atau mana-mana tempat akan tergantung tulisan "Ramadhan Kareem". Ayat- ayat Qur'an terpasang di mana-mana. Ramadhan yang hidup.

jika dibandingkan dengan Malaysia, masyarakat lebih menyambut kedatangan Syawal. sedangkan Ramadhan Allah janjikan macam-macam pahala di dalamnya. tapi, kebanyakan kita sibuk dengan biskut raya, baju raya, kasut raya, movie raya, macam-macam raya.tak de langsung ruh Ramadhan. tak sepatutnya berlaku.

ini Fanus

***
aktiviti rumah pula, biasanya kami ahli beit akan tadarus 1 hari 1 juzuk selepas Subuh, sama-sama sediakan makanan berbuka, saling bertukar-tukar juadah, bagi makan pada makcik pakcik tepi jalan, tilawah dan hafal Al-Qur'an, hafal hadis, bincang tentang Sirah Nabi dan sebagainya.

dan hari ini, genap Ramadan hari ke 16. sedih. cepatnya masa berlalu, masih banyak target target yang belum tercapai, harapnya Ramadhan berbaki ini, masih diberi kekuatan untuk bermujahadah.

banyak juga peristiwa - peristiwa sedih yang berlaku di serata dunia. rata ratanya berita tentang muslim, di seluruh negara. Islam hari ini dimusuhi dan tiada siapa yang membela. ada umat yang masih tidak dipeduli tentang saudara sendiri. saya harap dapat kongsikan kisah -kisahnya di lain waktu InsyaAllah.

sama-sama doakan kebaikan dan kemenangan buat umat Islam seluruh dunia.






No comments:

Post a Comment