Bismillah.
Assalamualaikum.
Apa khabar anda semua? moga sihat dan berada di bawah naungan redha Allah.
Kali ini, saya pasti kebanyakan dari kita sedang menghadapi musim peperiksaan. Bahasa mudahnya 'exam time'. hehe. translate je tu. erm jadi apa perasaan anda? adakah anda stress? adakah anda tidak lalu makan? bagaimana pula kehidupan anda dalam musim ini? huru-hara atau biasa-biasa sahaja? tidak cukup tidur? dilanda malas? (eh, banyak pulak soal dia ni).
ok kita terus ke point ye.
Bagi saya musim exam ni ada kelebihannya di samping kekurangan yang kita nampak. Hmm.
Hikmah di sebalik exam.
1 - mencuri masa terluang kita.
dalam erti kata lain,bagi pemuda-pemuda terutamanya, musim exam ini waktunya sangatlah berharga untuk duduk bersama buku-buku kuliah anda. ini kerana waktu exam yang semakin hampir dan kita masih belum bersedia untuk menghadapi kertas soalan esoknya. maka tiadalah masa bagi anda untuk online lelama, dengan game berpanjangan apatah lagi bermovie. jadi silalah beri tepukan pada diri anda sekiranya anda meninggalkan perkara yang tidak berfaedah ketika ini. (tepuk2 tangan)
2 - menjaga hubungan dengan Allah.
sebagai seorang Muslim, kita tahu bahawa Allah yang menentukan kehidupan kita. baik dan buruk. maka sudah pastinya kita menginginkan keputusan yang terbaik. jadi kita pun, mulalah solat dengan khusyuk, banyakkan berzikir, setiap masa sebut 'Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar'. usai solat pula istighafar banyak2 moga dosa2 kita berguguran dan memudahkan kita menjawab exam. dan sudah pasti qiamullail tidak dilupakan kerana kita tahu waktu itu adalah waktu yang paaaling baik untuk berdoa. anda mengalami keadaan ini? jika ya,alhamdulillah!
3 - banyak berdoa.
point ni lebih kurang dengan yang atas tadi. cumanya yang ni, dia bukan sahaja berdoa selepas solat, tapi berdoa setiap masa. tak kira waktu duduk,berdiri, berjalan,tidur dan apa sahaja. ''ya Allah, berilah aku kejayaan kali ni" ' ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. permudahkan aku jawab exam ya Allah" " ya allah, moga tajuk ni masuk ya Allah. yang ni je aku hafal" " ya Allah cepatkanlah masa berlalu. tak sabar aku nak habis exam ni" 'Ya allah ya Allah.." masa - masa macam ni barulah kita hamba yang lalai ni sebut nama Allah tiap masa.
4 - buat baik dengan orang lain.
ye lah kita tahu bila kita mudahkan urusan orang maka Allah akan mudahkan urusan kita pula, maka kita pun usahalah buat baik dengan orang sekeliling. tiba-tiba rajin pula belanja kawan makan. ataupun belikan makanan yang jarang kita beli untuk ahli beit (housemate/roommate). ye lah . moga-moga dengan kebaikan kita ni, mudahlah jawab exam nanti. lepas tu, rajin pula call mak ayah. sebelum ni call bila nak minta duit je, tapi sekarang
" ibu. doakan angah cemerlang tau" "ummi, doakan kak Long mudah jawab exam" "makk, jangan lupa kenangku dalam doamu,huaaa" "mak, doakan" tahu pula doa ibu kita mustajab.
Hmm. ada lagi ke? setakat ni je lah hasil penelitian saya setakat ni. tapi ni pandangan saya lah. mungkin lain orang lain dia punya kebaikan yang dia dapat time exam.
cuma nak pesan, buat baik ni tak ada musim. bila dah time exam ni boleh kita taat dan buat baik sepanjang masa, moga-moga berterusanlah sampai jadi tabiat harian kita.
ingat, dah habis exam pun, kena tawakal pada Allah, mungkin ada tangan-tangan yang akan membantu kita semasa tanda kertas jawapan kita, semasa pengawas tengah bagi markah pada soalan kita, atau ada kebaikan-kebaikan kita Allah kira.
ingat lagi dulu time SPM. rajin baca surah Yasin. Istiqamah dari sebelum SPM sampai result dah keluar. hehe. sebab ustazah pesan supaya rajin baca Yasin, moga Allah tolong kita. moga lembut hati penanda kertas bagi markah.
walaupun ini hanyalah peperiksaan dunia,kita sebagai muslim, lebih-lebih lagi seorang daie, perlulah menjadi qudwah kepada masyarakat, perlu juga cemerlang dalam pelajaran.
tapi apa pun yang penting, janganlah kita lupa bahawa, kita di duni ni pun sedang menduduki exam untuk mendapat markah di akhirat. segala kebaikan dan keburukan yang kita lakukan adalah markah untuk kita. jika layak, lepaslah kita ke syurga. namun jika tidak, tempat kita ke nerakalah.
akhir kata, hiduplah kita di dunia berlandaskan Islam, syariat Allah dan bukannya berlandaskan hawa nafsu dan syaitan. Amalan-amalan kita di dunia yang bakal menentukan tempat kita di akhirat.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment