Tuesday, 17 March 2015

Masalah

Bismillah.

Alhamdulillah masih diberi nikmat oleh Allah menghirup udara di bumi ini, nikmat Iman dan Islam, nikmat tubuh badan yang mampu bekerja, nikmat rakan-rakan sekeliling, nikmat yang amat banyak yang sangatlah tidak dapat dihitung. Yang di badan kita sahaja, mata,mulut,telinga,tangan,kaki. Dapat kah anda membayangkan sekiranya anda tidak punya segala apa yang anda ada sekarang? ini semua nikmat bukan? Dan pemberinya adalah, semestinya Allah yang kasih sayangnya tidak pernah terputus terhadap kita.

Syukur juga dapat kita bertemu dalam entry baru kali ini. saya dapat menulis. anda dapat membaca. sungguh, seminggu dua yang lepas memberi saya satu pengajaran dalam menambahkan pengalaman.

saya diberi satu amanah. menerima satu jawatan sementara. saya rasakan tugas yang saya terima itu berat. saya memang rasakan yang saya memang tidak layak. tapi, bila difikir jauh sedikit, tugas ini mungkin adalah yang paling kecil dan ringan berbanding tugas-tugas orang lain. saya memujuk diri sendiri :" ini baru permulaan. dan ini adalah yang paling ringan. awak kata nak jadi orang hebat. orang hebat takkan tak mampu tanggung tugas sekecil ini? awak kena kuat! kalau lembik macam lalang, awak nak ke mana? awak akan ke mana? tak ke mana lah jawabnya. duduklah kat situ sampai ke tua!

kalau hidup tak berubah, membazir lah awak. membazir masa. membazir tenaga. "

haa..panjangkan kena bebel. takpelah, kat diri sendiri memang kena banyak bebel dan paksa. tak boleh nak manjakan sangat. tak kuatlah kalau takde masalah dalam hidup ni !

setiap orang pun, dalam hidup dia mesti akan jumpa dengan MASALAH. rezki masing-masing Allah nak bagi. setiap orang masalah lain-lain. ikut kemampuan dialah. masalah tu dia nak menguji. nak jadikan kita kuat dan makin kuat. 

masalah tu dia mengajar, mengajar kita berfikir, cara untuk selesaikan, supaya kita lebih matang. dan supaya kita bergerak untuk selesaikan masalah.

masalah tu tanda Allah pedulikan kita. tanda Allah mahu angkat kita punya level. dan merupakan penolak untuk kita dekat dengan Allah. kit takde tempat nak mengadu bila kita rasakan yang semua orang takkan fahami kita, kita hanya ada Allah yang paling memahami kita. 

masalah tu jugak yang menjadikan hidup kita warna-warni macam pelangi. jadi, bila dapat masalah, berterima kasihlah pada Allah ! kerana Allah masih sayangkan kita. 

carilah penawar. penawarnya pula hanya ada pada "mengingati Allah" berzikir, baca Qur'an, tadabbur alam. sungguh, ingat Allah jiwa akan tenang. dengar ayat-ayat Qur'an lebih menenangkan jiwa lebih dari mendengar lagu atau muzik.

* * *
dalam satu minggu, dua orang mengadu menceritakan masalah mereka pada saya. tentang apa yang merunsingkan mereka, apa yang membuatkan mereka sedih. yang ketika itu, menyedarkan saya yang masalah mereka lebih berat dari masalah yang saya ada. dan mungkin ada orang yang lebih berat masalahnya dari masalah mereka berdua.

dunia bagi orang mukmin ini bagai penjara, kerana ini bukan tempat rehat kita, ini tempat diuji, jadi jika kita merasa kesusahan di dunia, alhamdulillah, bererti kita dalam golongan mukmin, golongan yang disayangi Allah, yang akan bersenang-senag di akhirat Insya-Allah.

Allah sayang kita <3

Wallahu a'lam.

biarkan pelangi melakar hidupmu


sabar itu indah


No comments:

Post a Comment