Thursday, 2 April 2015

Resepi: Puding Roti

Assalamualaikum.
Simple je kali ni. nak share resepi mudah.

Puding roti. lain orang lain resepi. tapi ini cara yang saya guna.
nak share cara lain pun boleh. (tak ada mood nak tulis ni sebenarnya)

bahan-bahan :

Roti
2 biji telur
6 sk  gula
3 cwn susu segar

sos kastard :
3 sk kastard
1 1/2 cwn susu
1 sk gula (ikut citarasa)

cara :
-kacau sebati susu,telur dan gula
-masukkan dalam loyang
-masukkan roti yang sudah dicarik hingga mampat
-bakar dalam oven

sos kastard :
-sebatikan susu,gula dan tepung kastard
-panaskan atas api
-kacau hingga likat.

siap! boleh makan. jangan lupa baca doa.

(gambar hiasan)

***
Masa tak pernah tunggu kita. 
teringat hadis ini. Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,'' Hari Kiamat tak akan datang kecuali masa semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan, dan sebulan yang berlalu seperti seminggu, dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat.'' 
sebab memang rasa macam tu. cepat sangat tak terkata. 
 jadi, hargailah masa. terutama masa muda. kerana masa itu berharga. anda mampu mengubahnya. 

#membangun mahasiswa beragenda
 sekian. terima kasih


No comments:

Post a Comment