Tuesday, 24 February 2015

Benarkah kamu cinta Allah? Jujurlah.

Bismillah

Tenggelam dalam lautan kalam-kalam murabbi saat menekuni buku "Jalan Dakwah" tulisan Mustafa Masyhur.

antara kata-katanya dalam buku itu:

"kita bukan kekurangan kuantiti, tapi kita kekurangan kualiti"

Benar. Islam memerlukan pemuda yang bertanggungjawab. yang sanggup berkorban. yang menyerahkan diri,harta,segalanya pada Allah.

Kita sekarang ingin membina daulah Islam. untuk membina satu binaan kukuh, kita perlukan tapak yang kuat. dengan apa kita hendak bina daulah ini?

Ya! dengan pemuda-pemudi Islam. Individu-individu yang mana jiwanya kental. yang bersedia mengharungi kesusahan. yang tabah. yang boleh bersabar.

kerana kita kini berada di zaman seperti zaman jahiliah yang Islam baru hendak mula menapak. dan sejarah Sirah Rasulullah telah membuktikan Islam mampu menguasai dunia.

Jadi, masing-masing perlu mainkan peranan. Jadilah pemuda yang berkualiti. pemuda yang ada wawasan dan matlamat. yang sentiasa membaiki diri dari semasa ke semasa. yang sentiasa berusaha mendekati Allah. yang mencintai ilmu. yang bersifat terbuka.

bagi saya, pemuda yang masih :
- ketagih dengan drama/movie
-kemaruk lagu-lagu jiwang
-memuja artis-artis
dan sewaktu dengannya, walaupun mereka itu mengikut usrah dan sebagainya, ia tidak membawa kepada apa-apa.

macamana diri yang mengaku mencintai Allah, mengaku berada di jalan para Rasul, mendakwa dirinya mengikut jejak para sahabat,

tapi masih tidak boleh menghalang diri dari mengawal nafsu?

bila seseorang itu benar-benar ikhlas mengikuti jalan dakwah dan tarbiah, hatinya akan 'tawar' dengan perkara-perkara remeh seperti itu, walaupun dahulunya dia mungkin peminat tegar semua itu.

namun, Iman itlah yang menguatkan diri dan menghalang diri dari menjadi hamba kepada nafsu sendiri. oleh itu, cubalah untuk mencari biah yang baik. carilah kelompok yang baik. bergaul dengan orang-orang baik. agar diri kita sentiasa terpandu dan tidak keliru dalam mencari makna hidup.

 --buku Jalan Dakwah sesuai dibaca oleh pemuda-pemudi yang bercita-cita untuk membantu agama Allah. yang bercita-cita menegakkan kalimah Allah di bumi ini --





No comments:

Post a Comment