Hari hampir senja,waktu berbuka kian
hampir,Durrah dan Munirah melangkah laju menuju rumah destinasi.Hari ini ada
kenalan mereka yang mengadakan open house sempena raya
aidilfitri.Walaupun berada di Mesir,para perantau Malaysia tidak melupakan adat
ini.Disebabkan mereka berpuasa hari tu,tuan rumah mengajak mereka berbuka
sahaja di sana.majlis pada asalnya berlangsung dari jam 2 petang hingga 7
malam.
Sesampainya di Imarah berkenaan,mereka masuk.Lalu mendaki tangga menuju
ke tingkat 2.
Langkah mereka terhenti apabila mendengar
suara pelajar lelaki Melayu dari atas.setelah bunyi itu tiada,bermakna mereka
sudah berlalu.
Durrah dan Munirah pun melangkah.tiba-tiba seorang pelajar lelaki
melayu menuruni tangga tersebut.Durrah ke kanan,lelaki itu ke kanan.Durrah
bergerak ke kiri,lelaki itu ke kiri.Munirah masih berada di tepi,belum menaiki
tangga.Masing-masing tunduk menahan pandangan.
Akhirnya,lelaki itu naik kembali lalu
membelakangi Durrah dan Munirah di tengah ruang kosong tangga itu memberi
laluan pada mereka berdua.mereka pun naik dengan aman.
Subhanallah.
* * *
Tazkirah rumah Munirah pada hari ini adalah
bab malu.Munirah khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh kak Layyina.
“Dari Abu Hurairah R.A,Rasulullah S.A.W bersabda: “iman itu ada 70 bahagian.Yang paling tinggi adalah kalimah ‘La ilaha illallah’ dan yang paling rendah adalah membuang duri di jalanan.dan malu adalah sebahagian dari iman”
Syarahnya di sini,hadis ini menerangkan
bahwa iman tu ada banyak cabang.dan Rasulullah tak bagitahu kita semua
cabang-cabang tu agar kita ni berusaha untuk mencarinya lagi.dan supaya kita
ikut nas al-qur’an dan assunnah.contohnya macam lailatul qadar.kita tak tahu
bila hari sebenar lailatul qadar tu…yang kita tahu sepuluh malam terakhir.
Dan kalimah ‘la ilaaha illallah’ adalah
iman yang paling tinggi yang mana ini adalah kalimah tauhid,bila seseorang
melafazkannya bererti dia adalah muslim.kalimah ini adalah pembeza antara iman
dan kufur.
Dan iman yang paling bawah adalah membuang
duri di sepanjang jalan.apa maknanya?maksudnya jika di laluan orang ramai ada
penghalang,duri,kayu,batu,kaca maka kita alihkan penghalang itu yang
menyusahkan orang ramai untuk lalu,itu adalah serendah iman.apa yang kita dapat
kat sini,cabang iman tu luas dan ianya merangkumi semua perbuatan bukan hanya
lafaz semata.
Malu adalah sebahagian dari iman.malu itu
dalam hati.malu kepada Allah akan menyebabkan seseorang itu taat kepada
Allah,dan meninggalkan larangan Allah.malu pada manusia pula adalah seseorang
itu menjaga maruah dirinya.dia mempamerkan akhlak yang baik dengan
manusia,menjaga adab-adab dan menjauhi perkara yang membawa dosa.
bersambung….
No comments:
Post a Comment