Hadis seterusnya dalam bab malu ini,
“dari abu said al-khudri R.A berkata:Rasulullah S.A.W adalah sangat pemalu dari anak dara di kamarnya,jika baginda melihat sesuatu yang tidak disukai akan terpancarlah dari wajah baginda’’
Rasulullah adalah orang paling malu,tetapi
apabila baginda melihat sesuatu yang tidak disukai,maka nampaklah di wajah
baginda yakni wajah baginda baerubah.jelas menunjukkan baginda tidak suka.
Syarahnya di sini,mukmin itu sepatutnya
bersifat malu.malu macamana?malu untuk
melakukan kemungkaran.dan apabila melihat kemungkaran dia akan terkesan lalu
malunya kuat itu tidak melakukan kemungkaran itu.itulah yang sepatutnya.
Tapi,malu itu tidaklah menghalang kita
untuk bertanya tentang addin,tentang agama.berkata saiyidah aishah R.A
:’’sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar,malu itu tidak menghalang mereka
untuk mendalami agama”
Ada satu kisah seorang sahabat yang bernama
Maiz bin malik r.a datang berjumpa nabi s.a.w mengaku bahawa beliau sudah
berzina.dan nabi berpaling.sebanyak tiga kali.sahabat datang,rasulullah
berpaling.beliau datang untuk bertaubat.bila kali keempat,nabi bertanya:
barangkali kamu ini gila?.tidak wahai rasul.Adakh kamu tahu apa itu
zina?.ya,aku tahu wahai rasul.
Ini adalah perkara yang memalukan tapi
dalam bab al-haq,kebenaran ianya tidak perlu malu.
Satu lagi kisah,Ummu Sulaim datang kepada
rasulullah dan bertanya adakah ke atas perempuan itu perlu mandi wajib
sekiranya dia bermimpi?(keluar mani).maka jawab Rasul “ya sekiranya dia melihat
air (mani) itu”
Soalan ini mungkin bagi lelaki malu untuk
bertanya tentangnya,tapi tidak bagi Ummu Sulaim.
}ان الله لا يستحي من الحق{
Jadi malu itu perlu bagi menghalang kita
melakukan kemungkaran dan maksiat,dan membawa kita untuk taat kepada suruhan
Allah.tapi dalam agama,dalam belajar,malu itu tidak menghalang kita untuk
bertanya.tidak ada malu dalam belajar ilmu agama.wallahu a’alam”
Kak Layyina menutup kitab Riyadus Solihin
jilid 2 lalu majlis ditutup dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
Munirah teringat kejadian semalam.lelaki
itu. yang malu.yang menghormati wanita.yang menundukkan pandangan.malu untuk
mengangkat pandangan lantaran suruhan Allah untuk menundukkan pandangan pada
wanita ajnabi.lelaki seperti itu layak untuk menjadi ketua dalam keluarga.yang
taat perintah Allah.Munirah berharap lebih ramai pemuda dan pemudi yang
berperibadi muslim sejati terbina di dunia ini agar lahirlah generasi soleh
solehah serta bertaqwa.
No comments:
Post a Comment