Bismillah.
Sudah lama
rasanya saya mengabaikan blog ini.Asalnya saya mahu terus konsisten dengan
menulis.Tapi mungkin disebabkan saya ni susah nak susun masa,jadi banyak masa
yang terbuang.saya sebenarnya suka menulis bila seorang diri,senang sikit nak feeling.konon.
Kebelakangan ni ada lah beberapa kejadian menimpa saya,tapi tidaklah saya mahu kongsikan di sini.Cukuplah jadi pengajaran dan pengalaman buat diri sendiri.Ada masa nanti saya kongsikan.
Hari ini sukalah saya untuk mengingatkan pembaca tentang satu ayat favourite saya yang menjadi pendorong untuk terus bersemangat dan bergerak.
Firman Allah :
''Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu sia-sia (tanpa ada tujuan) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?'' [Al-Mukminun 23:115]dapat?apa yang ayat tu bagitahu kita? Ringkas sahaja. hei manusia! kamu ingat Allah cipta kita tak ada tujuan ke? Ingat saja-saja Allah nak bagi kita hidup di dunia,hirup udara Allah bagi,ada tempat tinggal,ada keluarga,ada kawan-kawan,dapat makan dan segala nikmatNya lagi.Allah dah bagi semua yang kita perlu,kita masih lagi duk leka dengan nafsu dan dunia.
Sibuk.bukan sibuk apa pun.Sibuk dengan henset,internet,game,movie,novel picisan,artis,tv,drama, apa lagi?semua yang tak berkaitan dengan akhirat kita sibuk.ke mana sebenarnya hala tuju kita?cukup sampai dalam kubur saja ke? mana amal-amal kita? mana solat,al-qur'an,zikir,belajar ilmu agama,amar ma'ruf nahi munkar,dan sebagainya?
Tujuan kita dicipta untuk apa?
buka Qur'an Surah Al-Baqarah tengok ayat 30 :
''Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi"satu.yang kedua,buka surah Az-Zariyat ayat 56:
''Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu''Itu dia.menjadi khalifah dan beribadah.
hmm?
jadi khalifah?khalifah tu apa?ayah tak letak nama saya khalifah pun.
beribadah?saya memang beribadah tiap-tiap hari,walaupun saya main game,walaupun saya layan movie,walaupun saya layan drama,walaupun saya apa-apa sahaja,solat saya tak lupa,baca qur'an pun tak tinggal,tapi sehari 1 atau setengah muka je la,tapi err cukup la tu kan?
Salah.anda salah.kena banyak belajar lagi ni.
ok.sila hayati ayat-ayat di atas dulu dan muhasabah diri sendiri.
Insya-Allah saya akan sambung di lain masa.
Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment