Saturday, 12 July 2014

Coretan Ramadhan

Bismillah.

Usai menunaikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah di rumah,kami sama-sama bersiap untuk ke masjid.Malam ini giliran rumah kami,Beyt Iman bertarawih di Masjid Salam yang terletak tidak jauh dari rumah kami.Hanya memakan masa 10 minit untuk sampai dengan berjalan kaki.

Jam 8.45 malam waktu Mesir,kami bergerak ke Masjid.Sesampainya di sana,kami menunaikan Solat Sunat Rawatib sementara menunggu Iqamah bagi menunaikan Solat Isya'.

Malam ini malam ke 13 Ramadhan.Kami solat di luar masjid sahaja memandangkan di bahagian dalam sudah penuh.Malam itu,aku lihat bulan purnama.Cahayanya amat terang.Aku suka melihat pemandangan langit di waktu malam yang dihiasi bintang-bintang dan amat cantik bila digandingkan dengan bulan penuh.Jarang sekali aku mendapat peluang itu.

Ramadhan hampir memasuki pertengahan bulan.Sungguh pantas waktu berlalu.aku bermuhasabah sebentar.Banyak target-target Ramadhan aku yang belum tercapai.Apakah target aku terlalu tinggi sehingga sukar sekali aku mencapainya? ataupun aku yang sambil lewa dan banyak membuang masa sehingga mengabaikan target-target aku?Ramadhan masih berbaki dan aku masih ada peluang untuk mencapai target aku.

~ ~ ~ ~

Solat Isya' selesai.Kami bangun menunaikan Solat sunat Rawatib.Tidak lama kemudian Solat Tarawih bermula.Imam membacakan ayat dari Surah Taha pada rakaat pertama dan kedua.

Selesai memberi salam,kami menyambung solat untuk rakaat ketiga.

واني لغفار لمن تاب وأامن وعمل صالحا ثم اهتدى  *وما اعجلك
tap! Bacaan Imam terhenti dan lampu terpadam.

oh! blackout lagi... semalam pun di Masjid Sohabah berlaku kejadian yang sama.Saat rakaat ketiga,lampu terpadam dan bacaan Imam terhenti. (maksudnya mike yang terputus bunyi).Pantas seorang mak cik Arab mewakili Jemaah dengan menyambung bacaan Imam dan mengetuai Solat Tarawih para Jemaah wanita.

atas pengalaman semalam,maka seorang temanku melakukan seperti yang dilakukan Mak cik Arab semalam.kami menyambung Solat Terawih berjemaah sesama wanita.Temanku itu mengimami solat kami.

usai 8 rakaat,kami bergerak pulang.Yang hairannya hanya kawasan Masjid sahaja yang gelap.Manakala kawasan lain terang dengan cahaya lampu seperti sediakala.

Apakah malam ini juga akan terjadi seperti ini? wallahu a'lam.

***
Macamana Ramadhan anda? adakah anda sudah berusaha sedaya upaya merebut ganjaran pahala di bulan ini? Marilah sama-sama kita memanfaatkan seboleh mungkin bulan istimewa ini yang hanya sekali setahun sahaja. masih belum terlambat untuk menggandakan amalan dengan hari-hari yang masih berbaki. anggap sahaja inilah Ramadhan terakhir kita kerana kita tidak tahu apakah kita bakal bertemu lagi Ramadhan akan datang.

dan jangan lupa juga,untuk mendoakan kemenangan saudara-saudara kita di Palestin sana.

#raikanRamadhan1435H
#pray4palestine

Selamat memanfaatkan Ramadhan!

Wassalam.
                                                                        gambar:isma mesir

No comments:

Post a Comment