Sunday, 22 June 2014

Cerpen: Kita dan Facebook.


Bilik 14,Asrama Umar,Kolej Islam.

tit! tit! tit!

Bunyi jam loceng yang dikunci oleh Naufal berbunyi memecahkan keheningan malam.Naufal masih lena.Langsung tidak terganggu dengan bunyi itu.

Tit! Tit!Tit!

Jam loceng itu masih berbunyi.Tidak lama kemudian,Naufal tersedar dari lenanya.pantas tangannya mencapai smartphonenya.Dia menekan butang dismiss.bunyi jam itu berhenti.Naufal menggeliat malas.

"kejap lagilah aku bangun.mengantuk lagi" matanya terus terlelap kembali.

Tok!tok!tok! bangunnn subuuuhh!

Pintu bilik diketuk.Naufal tersedar.pantas dia mencapai smartphonenya bagi melihat waktu.

''argh!sudah Subuh.terlepas lagi Tahajjud" Naufal hampa.Dia bangun lalu mencapai tuala menuju ke tandas.

*****

Hari ini hari minggu.Para pelajar memilih untuk berehat sahaja dalam bilik masing-masing pagi itu selepas sesi riadhah dan bersarapan tadi.Naufal duduk di mejanya sambil mula memasang laptopnya.dia keseorangan sahaja di biliknya memandangkan teman sebiliknya Rayyan pulang ke kampung kerana ibunya sakit.

Naufal memikirkan rutinnya yang langsung tiada peningkatan.dia target seminggu ini dia bangun malam sekurangnya tiga kali.namun gagal.Ramadhan makin dekat.Naufal risau.dia langsung tidak melakukan persiapan.

huh..Naufal menghembus nafas.setelah laptopnya terpasang dia terus membuka akaun Facebooknya.terpampang di wallnya status teman sekelasnya.

Muhammad Amir
Ramadhan semakin hampirrr! hanya tinggal 10 hari sahaja lagi.
ayuh kawan-kawan sama-sama kita membuat persiapan bagi menyambut bulan mulia ini.
tunggu apa lagi? jom tilawah.
Naufal melihat lagi status teman-temannya yang lain. masing-masing mengingatkan tentang Ramadhan walaupun sebahagiannya ada juga menulis status yang berunsur luahan perasaan.

Naufal menscroll down lagi wall nya.kelihatan lagi status Muhammad Amir.

Muhammad Amir
teman-teman marilah kita berazam agar Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita berbanding tahun-tahun lalu. ayuh bulatkan tekad moga dosa-dosa kita terampun setelah kita melalui Ramadhan mulia ini.

Muhammad Amir
tahukah teman-teman? antara persediaan untuk menghadapi Ramadhan adalah kita bangun malam.
marilah kita melatih diri untuk bangun malam supaya nanti di bulan puasa mudah untuk kita bangun kerana sudah terbiasa bangun malam. alright? 
Naufal tertunduk.sampai bila aku mahu terus begini?kenapa susah sangat untuk aku bangun malam Ya Allah.ampunilah dosa-dosa aku Ya Allah.hinakah aku Ya Allah sehingga Engkau tidak mahu bertemuku Ya Allah. Naufal merintih di dalam hatinya.

tidak lama kemudian dia log out dari akaun Facebooknya lalu menutup laptop.

*****
Bilik 5,Asrama Usman,Kolej Islam.

Amir asyik mengadap Facebooknya dari tadi tanpa menghiraukan sekelilingnya.Dia puas kerana mendapat idea bagi menulis status-status Islamik di akaunnya.dia tersenyum sendirian.

wahh.bagusnya kamu ini Amir.inilah gunanya Facebook.kita sebarkan dakwah melalui Facebook.tulis status Islamik.pasti mereka semua nampak kamu ini baik orangnya.Alim orangnya.

Bisik hatinya tanpa sedar.Betapa syaitan telah menguasai dirinya agar riya' dengan kebaikan yang dilakukan walau pun kebaikan yang kecil. Amir terus tersenyum melihat peningkatan angka like pada statusnya.

"ehem!" satu suara dari belakang mengejutkan Amir.Amir berpaling.

''ada apa?nak ajak Zohor berjemaah?belum azan lagilah!" Amir mengelih jam.

Fateh tersenyum."sedar pulak engkau Zohor belum masuk.dari tadi aku tengok engkau duk mengadap je Facebook ni tak buat apa-apa.buang masa je la.baju dah basuh belum?tu katil kau,belum kemas lagi.meja bersepah-sepah."

Amir menggaru kepalanya."mula lah tu.mula membebel macam mak.eh perempuan je yang membebel tahu?kau tahu apa?nanti aku kemas la semua tu.aku bukannya buang masa.aku tengah berdakwah ni.mengajak orang ke arah kebaikan.kau tak tengok status aku ha?" Amir menjeling.

Fateh tersenyum."banyak la kau punya dakwah.nak berdakwah orang pun,baikilah diri sendiri tu dulu.daripada engkau tulis status ajak orang buat persiapan Ramadhan,kau punya persiapan macamana ha?hari ni dah tilawah belum?berapa muka kau tilawah?1?2?setengah muka?dah baca tentang hukum-hukum puasa belum?....."

"ehhh sudah sudah!aku tak nak dengar!apa kau ingat kau baik sangat buat semua tu?kau pun tengokla diri tu dulu.kata macam-macam.dia pun sama"

''kau mana tahu aku buat apa.mengadap je 24 jam!"

"ishh!ha ye lah.aku tutup.hah kau tengok ni.log out.hah,tutup!"pantas Amir menutup laptop.

''ha,tunggu apa lagi?kemas semua ni."Fateh bangun dari katilnya.lalu berjalan ke pintu.dia keluar dari bilik.

Amir masih duduk di kerusinya.dia memandang sekeliling.benar,meja dan katilnya bersepah.manakala meja dan katil Fateh pula kemas.bakul baju kotornya juga sudah kosong menandakan dia sudah membasuh bajunya.tong sampahnya juga kosong menunjukkan dia sudah membuang sampahnya.

terngiang kata-kata Fateh sebentar tadi di telinga Amir.

"kau punya persiapan macamana?"

*****

Surau Ar-Rahman,Kolej Islam.

Usai solat Isya' dan bersalaman dengan jemaah lain,Amir melangkah ke luar Surau untuk kembali ke biliknya.tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.Amir menoleh.Naufal mendekati dirinya.

"Amir,boleh tak aku tumpang tidur bilik kau malam ni?kau boleh kejutkan aku Tahajjud sekali" ucap Naufal sambil tersenyum.

"kenapa aku kena kejutkan kau?dah tak ada orang lain?macamana kau tahu aku bangun Tahajjud?"soal Amir hairan.aku nak Tahajjud?Subuh pun susah nak bangun.

"ye lah.kat status kau tu,semangat je kau nak sambut Ramadhan aku tengok.persiapan mesti mantap punya.mestilah kau Tahajjud kan?"

Amir terdiam.

mereka sama-sama menyarung selipar lalu berjalan beriringan menuju ke bilik.

*****
Tit!tit!tit!

Jam loceng berbunyi.Naufal tersedar.dia membuka mata.terlihat kelibat Fateh bangun dan mencapai tuala.
Naufal bangun dari tidur.

"hah,baguslah kau bangun.baru nak kejutkan.jom lah"

"dah Subuh ke?"

"belum.sempat lagi kau nak Tahajjud"

Naufal bangun.dia pandang sebelah kanannya.terlihat Amir masih nyenyak tidur.Dia tidur di bawah beralaskan selimut diantara katil Fateh dan Naufal.

"eh Amir.bangunlah cepat.Tahajjud" Naufal menngoncangkan badan Amir.

"Hmmm,kau pergilah dulu.nanti aku bangun" jawab Amir perlahan.

*****

Naufal meraup mukanya selepas berdoa. Azan Subuh berkumandang.

Alhamdulilah.Naufal tersenyum.

"jom Naufal,kita ke surau'' ajak Fateh.Naufal memandang Amir yang masih lagi dibuai mimpi.

"tak ajak Amir sekali?"

"cuba lah kau kejut.dia tu memang susah nak bangun.selalunya Solat di bilik aje" Fateh membuka pintu.

"Amir,bangunlah!dah Subuh.."Naufal menggoncangkan badan Amir.

"Hmmm..engkau ni berapa kali nak kejut aku ha?nanti aku bangunlaa"

"aku dah nak ke surau ni.cepatlah bangun.nanti tak sempat nak jemaah"

"kau nak pergi kau pergi laa..eee..nak tidur pun tak senang la.kacau je" Amir menarik selimut dan membetulkan bantal.dia menyambung tidur.

Naufal menggeleng. Heish..status bukan main kencang lagi,tapi realitinya? detik hati Naufal.

tanpa menunggu Amir,terus dia ke surau menyusul Fateh.

terima kasih Ya Allah,Kau terima aku hari ini untuk bermunajat padaMu.

*****

"Dan pada sebahagian malam,lakukanlah Solat Tahajjud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu,mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji" [Al-Israa 17:79]
~~~

Ramadhan: 5 hari lagi.








No comments:

Post a Comment