Pelik tak tajuk tu? hmmm yang sebenarnya saya mahu letak tajuk
K.e.m.a.t.i.a.n
tapi kan takut tak ada orang nak baca pula almaklumlah semua takut mati dek tahu amal yang masih berkurang.Setiap hari berharapan mahu berubah ke arah yang lebih baik tapi apakan daya nafsu kuat menggoda. oleh kerana lemahnya Iman maka nafsu itulah yang menguasai diri.
Baiklah..back to the topic..minggu ini sahaja 2 berita kematian yang saya terima.walaupun bukan kaum kerabat saya atau saudara mara terdekat..tapi saya tetap merasakan mereka saudara saya yang dekat.cukuplah kematian sebagai peringatan.
suatu hari saya menerima berita bahawa anak kawan ayah saya seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 5 tahun ditahan wad dan keadaannya kritikal.namun keesokannya mendapat berita bahawa dia sudah stabil..namun Allah tahu yang terbaik..alangkah terkejutnya saya bahawa adik Afaf sudah menghembuskan nafasnya dan telah pergi menghadap Penciptanya.
Innalillah wainna ilaihi rajiun.
betapa beruntungnya diri dia,diambil nyawa ketika masih bersih dari dosa.ketika masih belum sempat merasai susah senang hidup di dunia.nyata mati itu tidak mengenal usia.
berita kematian kedua,mahasiswi Mesir yang kemalangan tempoh hari,salah seorang dari mereka telah meninggal.kematian itu tiba-tiba.tidak menunggu cukup amalan kita baru ditarik nyawa.tidak menunggu usia tua baru terhembus nafas terakhir.
manusia! cukuplah mati sebagai peringatan.
Qalallahu Taala :
"setiap yang bernyawa pasti merasakan mati,hanya kepada Kami kamu dikembalikan" [29:57]
''dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun'' [7:34]
Sabda Nabi Muhammad :
"perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan (iaitu mati)"sama-sama kita muhasabah diri.dunia ni sementara bukan selamanya kita di sini.bila- bila masa sahaja kita pula yang akan menyusuli mereka.kita juga akan ke sana.
waallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment