Saturday, 20 July 2013

Cerpen:Diari Ramadhanku




Nama aku ‘Akifah.Panggilan manja Ifa.Aku berumur 16 tahun.Aku mempunyai 5 orang adik-beradik dan aku anak bongsu.Aku memang manja dan nakal.Bulan puasa mesti aku akan ‘dileteri’ oleh keluarga.Ayah,umi,kakak 1,kakak 2,kakak 3 dan abang.Aku memang malas sangat berpuasa.Penat tambah lapar.Hurh!

4 RAMADHAN
Pulang sahaja dari sekolahaku terus baring.Umi ada suruh aku tolong masak lepas Asar tapi aku kata nak tidur dulu.Sedar-sedar,Abang Aqil kejutkan dah pukul 7.Bergegas aku pergi mandi.Usai aku mandi terus azan berkumandang,pantas aku pergi ke meja makan.Aku cepat-cepat meneguk air.Ahhh..nikmat betul rasanya.Tapi,bila aku tengok atas meja,aku hampa.Hanya ada satu jenis kuih je.Mana kenyang kalau macam ni.Aku suruh umi masak banyak-banyak lain kali.Hmm umi kata dia penat sebab tak ada orang nak tolong dia kat dapur.Kakak aku semuanya di kolej lagi.Hujung bulan baru balik.Memang sengaja balik lambat ni!Heshh…biar aku pergi bazar je esok.

10 RAMADHAN
Hari ni aku pergi bazar lagi.Aku manfaatkan betul-betul duit yang Ayah bagi.Aku beli apa yang aku suka.sesampai sahaja aku di rumah,Umi mula ‘membebel’Umi marah aku beli banyak.’’Ifa,kenapa beli banyak?kan Umi dah pesan beli sikit aje.Tak larat Ifa nak makan semua tu.Tempoh hari pun Ifa tak dapat habiskan semua yang dibeli..”.Lebih kurang macam tu.Aku kata aku boleh habiskan!Tapi…”kalau macam ni  lah gayanya,Umi tak benarkan lagi Ifa pergi bazar! Tolong Umi maasak kat dapur..” bagai kilat menyambar telingaku.Aku terus menghentak kaki sambil ke bilik.

Umi memang selalu tak nak bagi aku happy…hari-hari larang aku buat apa yang aku suka! TIDAKK!! Aku dah tak boleh pergi bazar..matilah aku. 

13 RAMADHAN
Hari ni cuti,bosan-bosan tadi sempatlah aku online Facebook guna laptop kakak 3.Kak Atirah.Dia baru balik rumah semalam.Hmmh..tahu ape kawan-kawan aku share?gambar anak-anak Syria yang kena bunuh,anak-anak Syria yang tak ada makanan,anak-anak Sudan yang kurus-kering sambil tulis “bersyukurlah dengan apa yang kita ada,ingatlah saudara-saudara Islam kita di sana bersusah-payah mencari sesuap makanan.Berpadalah dengan juadah berbuka puasa.JANGAN MEMBAZIR!”

Apa pasal pulak kita kena berjimat-cermat?Diorang yang patut berjimat dah makanan diaorang sikit.Kita ni yang ada makanan banyak kenalah makan banyak,dah rezeki kita…kan?Sakit mata aku tengok gambar-gambar tu..ngeri!Aku terus offline dan pergi tidur.
Malam ni aku malas nak pergi Terawih.Aku duduk rumah je tengok tv.Kak Atirah pun tak solat sebab dia ‘cuti’.Time aku tengah syok tengok tv,Kak Atirah datang..”Ifa,kenapa tak pergi terawih?bulan puasa ni la nak rebut pahala banyak-banyak..buat solat-solat sunat,baca Qur’an…” bla bla bla,tak Umi yang membebel,kakak aku yang ambil tempat.Bosan tahu! 

“akak pun sama tak solat,tak payahlah nasihat orang!” aku menjeling.Kak Atirah pun tunjuk buku yang dia pegang,buku ‘Mutiara Ramadhan’.’’akak baca buku,bukannya buang masa macam Ifa” aku terus melangkah ke bilik.Kenapa semua orang asyik nak membebel kat aku ni?ini tak boleh,itu tak boleh,ini salah,itu salah…mentang-mentang aku paling kecik!

17 RAMADHAN
Bila aku buka mata,aku dapati aku tidur di atas tanah dalam bangunan runtuh.Aku kat mana ni?Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang mungkin sebaya aku.Dia pantas meluru kearah aku.”’Akifah buat apa kat sini?cepat lari sebelum askar tu jumpa kita!”Dia menarik tanganku.Aku rasa sebak.’’mana Ayah?mana Umi?kenapa aku sorang-sorang ni..?” sepanjang laluan itu,banyak mayat-mayat aku jumpa yang dibasahi darah,yang rentung pun ada,lantas aku teringat gambar-gambar yang aku lihat di Facebook tempoh hari.”Oh inikah realitinya?”

Sampai di satu tempat perempuan itu melepaskan genggaman tangannya.”Insyaallah kita selamat di sini.”ujarnya.’’Boleh saya tanya,mana keluarga saya?kenapa saya ada kat sini?awk ni siapa?”soalku bertubi-tubi.Dia mengukir senyum.” ‘Akifah,sudah.Jangan fikir apa-apa lagi,kita kena selamatkan diri,yang pergi biarlah pergi..” jawabnya.’’Awak kenal saya?saya tak kenal awak pun..”

“awak tak kenal saya?tak mungkin.kita saudara seakidah.Akifah..”dia senyum lagi.”saya nak balik!saya nak jumpa keluarga saya!!”aku menangis. “ ‘Akifah,awak nak balik mana,ini rumah awak,sini rumah kita…keluarga awak?keluarga awak dah tak ada…mereka dah syahid..sudahlah.Lepas ni kita kena cari makanan untuk buka puasa’’.aku tergamam.’’sudah syahid?apa?!!tak mungkinn!!” aku menangis lagi.Perempuan itu memeluk aku sambil menggosok belakangku.”Sabar ‘Akifah,semua ni aturan Allah,mesti ada hikmahnya.kita kena redha…”

Aku hanya berbuka dengan roti kering yang dijumpai perempuan itu.Kami berkongsi sama rata walau sikit.Aku teringat di rumah aku selalu makan banyak dan makanan-makanan itu akan dibuang jika tidak dapat dihabiskan.Aku menangis lagi..
“Allah…aku tak mampu hadapi semua ni..”

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kasut.Ada beberapa orang yang sedang berjalan menuju ke tempat kami.Perempuan itu lantas memelukku erat.Aku pejam mata.”ada orang di sini!” satu suara berbunyi.Pantas tanganku ditarik.Aku dan perempuan itu terpisah.Aku menangis.Takut.’’awak..tolong saya..” aku berkata perlahan.”Diam!”kepalaku ditolak.Apakah aku juga akan syahid?
Aku diikat.”Haha!sekarang tiba masa kamu mati orang Islam!”
DUM!Bunyi tembakan memekikkan telingaku.Aku lihat perempuan itu jatuh.Darah membuak-buak mengakir dari tubuhnya.Aku pejam mata.DUM!satu lagi tembakan berbunyi.

Aku membuka mata.Peluh hangat mengalir di mukaku.Aku bangun dari baringan dan mengangkat selimutku.Aku pantas keluar dari bilik mencari keluargaku.Kak Atirah ada,abang Aqil ada,Ayah ada,Umi?Mana Umi?
Bunyi pintu tandas terkuak.Umi keluar.”Ifa?dah bangun?awalnya hari ni..sempat lagi solat ni,lepas ni boleh tolong Umi siapkan sahur..” Umi senyum.Aku pantas ke bilik air mengambil wudu’,lalu solat Tahajud bersama Umi.Selepas itu,aku menolong Umi menyiapkan sahur untuk keluargaku.

20 RAMADHAN
Alhamdulillah hari ni aku dapat berbuka dengan juadah seperti biasa.Sederhana.Aku tidak merungut lagi.Aku kenyang dengan apa yang ada.Petang tadi aku sempat tolong Umi dan Kak Atirah di dapur.Umi senang hati lihat perubahanku.Asyik tersenyum je.
Malam tadi pun aku ikut Umi dan Kak Atirah berterawih di masjid.Seronok.Kat masjid tadi ada tabung derma untuk Palestin.Satu lagi untuk Syria.Aku hulurkan wang yang aku ada.Moga dapat ringankan beban umat Islam yang tertindas di luar sana.

Syukur Allah telah sedarkan aku atas sikapku yang tamak dan suka merungut ni.Syukur aku masih punya waktu untuk menimati Ramdahan ini.Siapa tahu ini mungkin Ramdhan terakhir?Jadi hargailah Ramadhan ini.Ramadhan!aku pasti akan merinduimu selalu…
TAMAT

No comments:

Post a Comment