haa..hari ni nak tulis pasal masa sebab saya memang banyak masa kosong sekarang.maklumlah dah habis sekolah dan tengah menunggu untuk pergi sambung belajar.
jadi post ni memang untuk saya sebab saya memang dah banyak buang masa!
orang-orang yang banyak waktu kosong dalam hidupnya,biasanya akan menjadi penyebar desas desus dan khabar angin yang tidak bermanfaat .kenapa?hal itu kerana fikiran mereka melayang tidak tentu arah.
''mereka suka tinggal bersama-sama orang2 yang ditinggalkan (kerana uzur)''
(Surah AtTaubah:87)
keadaan yang paling berbahaya bagi akal adalah apabila tuan punyanya menganggur dan tidak berbuat apa-apa.orang seperti itu tidak ubah seperti kereta yang berjalan laju tanpa pemandu akan mudah terbabas ke kanan atau ke kiri.
jika pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan,bersiaplah untuk bersedih hati,risau dan cemas! kerana dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu,menyesali kesialan masa kini hingga mencemaskan gelapnya masa depan yang belum tentu anda alami.dan ia membuatkan akal fikiran anda tidak terkawal dan mudah menerawang ke mana-mana.
justeru itu,anda dinasihatkan bahawa mengerjakan amalan-amalan yang mendatangkan manfaat
adalah lebih baik dari berlama-lama dalam kekosongan yang membinasakan.pendek kata,membiarkan diri dalam kekosongan sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah! (seriously bahaya?!)
waktu kosong itu tidak ubah seperti seksaan halus ala penjara cina dengan meletakkan penjenayah di bawah air paip yang hanya dapat menitiskan air satu titis tiap-tiap minit selama bertahun-tahun.dan dalam masa penantian panjang itulah biasanya banduan akan menjadi tertekan dan akhirnya gila.
kerana itu BANGKITLAH sekarang jugaaa!
kerjakan sembahyang,
baca buku,
bertasbih,
mengkaji,
menulis,
mengemaskan meja,bilik tidur,rumah,
atau berbuatlah sesuatu yang mendatangkan manfaat bagi orang lain untuk menghalau kekosongan itu.
'bunuhlah' setiap waktu kosong dengan kesibukan.dengan cara itu pakar kesihatan berani menjamin bahawa anda sudah mencapai kebahagiaan sebanyak 50%.perhatikanlah keadaan petani ,nelayan dan buruh binaan ,mereka sentiasa gembira sambil bernyanyi lagu-lagu rentak gembira seperti burung-burung di alam bebas.(iye ke??).mereka tidak seperti anda yang tidur di atas tilam empuk tetapi gelisah dan melap air mata secara diam-diam..(haa..anda pernah tidur macam ni?)
dipetik dari buku bestseller 'La Tahzan' tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.
oleh itu,buatlah ape pun asalkan bermanfaat.jangan biar masa berlalu tanpa kegiatan.
No comments:
Post a Comment