hari ni InsyaAllah saya nak share sikit tentang apa yang saya dapat masa pergi program Himpunan Mahasiswa (HIMMAH2013) baru-baru ni yang diadakan di UPM Serdang,Selangor.tema program tu adalah 'aktivisme&kepimpinan'..jadi hari ni nak post serba ringkas pasal kepimpinan lah ye.ringkas je.sangat ringkas...
Apa Itu Pemimpin?
* pemimpin ialah seorang yang mempunyai agenda dan gerak kerja bersama anggotanya.
* seorang pemimpin berkebolehan mempengaruhi orang lain.
* seorang pemimpin memerlukan bantuan orang lain (anggota/ahli)
Siapakah Pemimpin?
* umat Islam dilahirkan untuk memimpin dunia dan memakmurkannya dengan syariat Allah
''kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah'' [Ali-Imran:11* kita adalah pemimpin sama ada dilantik atau tidak.
kepimpinan itu bukan hanya pada jawatan.
* kita adalah pemimpin dalam kapasiti masing-masing.
pemimpin pada orang-orang yang dipengaruhi kita.
Peranan kita! anak muda
* setiap daripada kita perlu memainkan peranan masing-masing.
* agenda kita ialah memartabatkan Islam.
*pupuk semangat proaktif iaitu mengambil tindakan sebelum tiba masa bertindak.
* bercita-cita tinggi dan berjiwa besar
* faham betul-betul agama
* rajin buat rujukan/ membaca dan menelaah -->supaya tak jadi 'pak turut'
* hadam sirah Nabi
* jadi pemimpin yang lead by example --> orang anggap kita pemimpin walau tak dilantik
* faham keutamaan dakwah
* kerja secara berjamaah
* sentiasa optimistik/konfiden
* bergerak dengan ilmu
* berpegang teguh pada nilai murni
* taat dan faham apa yang diperjuangkan
* perlu ada emosi yang boleh memberi
Masalah kita! anak muda
* keliru / tak faham agama
* takut untuk tampil ke depan huhu...
* rasa tak mampu dan merendah diri
* hanya Tunggu dan lihat
note sikit:
+ Umat Islam tak pernah kalah dengan kekuatan musuh
tetapi kalah kerana masalah dalaman Umat Islam itu sendiri
+ hidup memang perlu ada mentor --> Rasulullah,Ibubapa,Guru-guru
+ kebenaran tidak didapati melalui populariti.....
itu sahaja perkongsian secara ringkas.harapnya kita selalu berusaha meningkatkan kemahiran diri kita untuk kebaikan Ummah!
Wassalam.:)
No comments:
Post a Comment