Sunday 1 September 2019

#coretan

Assalamualaikum.

jarang-jarang ada masa lapang yang sempat nak menukilkan sesuatu. Ini pun curi-curi masa dah lama tak mengadap blog. Ianya salah satu terapi juga bagi saya untuk menghilangkan kekusutan dan kesibukan mengurus hari-hari dalam hidup.

kita ni sebagai manusia memang sukakan kecantikan dan kesempurnaan. Ya,iya selari juga dengan Islam,sukakan kecantikan,kemas,bersih. Sebab itu Islam ni sebenarnya satu fitrah. Allah cipta sesuai dengan kita. Cuma kita je masih jahil tentang Islam,nampak Islam mengongkong dan menyekat kebebasan,tapi sebenarnya Islam sangat menjaga dari segi 5 maqasid tu.

ok apa sebenarnya saya cuba nak cerita hari ni, tentang post di Instagram. Hari ni ramai dari kawan-kawan atau keluarga kita adalah pengguna akaun Instagram. Dalam Instagram ada apa? ya, ada gambar cantik - cantik, menarik dan 'sempurna' pada mata kasar. Selain tu ada juga la kisah-kisah kehidupan masyarakat kita,luahan hati, komen tentang itu ini, bisnes dan macam-macam lah. Hak masing-masing lah nak guna dan cerita pasal apa kan dalam akaun mereka.

ok..kadang-kadang kita,bila tengok gambar cantikcantik,posing,filter,senyuman,pemandangan,background semua kita Nampak sempurna dan 'bahagia'. kita akan Nampak 'aku tak dapat pun macam ni'. Bila dah rasa macam tu, ataupun bila kita mula membandingkan kita dan orang yang kita lihat dalam gambar tu, kita jangan judge mereka 'bahagia' dengan kehidupan ini.

Jangan sempitkan bahagia hanya dengan 1 gambar mereka yang 'sempurna' dan tersenyum indah. Kita dengan kehidupan kita patut bersyukur dengan baaaaanyak lagi perkara, cuma kita tak hargai sebab nikmat2 itu masih ada dihadapan kita. Ada benda dalam kehidupan kita boleh ubah, dan ada yang kita tak boleh. Apa kata kita fikirkan apa yang aku nak dalam hidup ni, dan apa yang aku MESTI dan BOLEH ubah untuk dapat kehidupann yang lebih baik dan diredhai Allah taala.

Banyak perkara yang kita mahu, dan kita belum dapat hari ini, teruslah meminta dengan Allah, Allah akan bagi pada kita bila waktunya yang terbaik, yang penting satu je kita USAHA jangan menyerah sebelum kalah.

Wallahuaalam. Pesanan untuk semua dan diri sendiri yang terleka. Dunia ini sementara, Akhirat yang kekal abadi.

😊


No comments:

Post a Comment