Monday 6 April 2020

Perempuan Muslimah, di mana MALUmu?

Perempuan Muslimah, di mana malumu?

Syukur zaman remajaku
Masih belum berleluasa media sosial
Baru nak berjinak-jinak
Dan zaman itu telah berlalu
Aku laluinya dengan selamat

Tipulah kalau tiada rasa itu
Rasa nak disayangi
Rasa nak dihargai
Rasa sesuatu pada yang berlainan jantina

Tapi syukur aku masih terkawal
Dibimbing oleh ustaz ustazah
Dikelilingi kawan kawan solehah
Yang sering menegur
Yang selalu mengingatkan
Yang membuatkan aku malu
Hendak melawan larangan Allah

Tapi kini tidak bagi mereka
Aku jadi sedih melihat generasi muda
Seiring berkembang teknologi
Semakin mudah menonjolkan diri
Semakin pantas di hujung jari

Anak anak perempuan terutamanya
Tak segan silu
Menayangkan diri dan kecantikan
Dengan lentok yang lemah gemalai
Dengan gaya menggedik menggoda
Yang belum tahu bahaya panahan mata lelaki
Yang belum kenal dunia luar
Yang cuma tahu mahu satu dunia melihat dirinya
Tiada lagi SIFAT MALU

Yang berpurdah ada juga
Sepatutnya untuk menutupi diri dari pandangan orang
Tetapi mendedahkan diri tidak mahu kalah
Gambar dan video di sana sini
Di mana MALUMU?

Memang perempuan fitrahnya mahu dilihat cantik
Mahu cantik berhias lagi dipuji
Ketahuilah Allah tidak mengetepikan fitrah itu
Sedangkan di dunia pun
Barang yang cantik dan mahal
Disimpan elok dibalut kemas
Sayang hendak digunakan
Inikan pula diri kita

Tidakkah dirimu lebih bernilai?
Tidakkah maruahmu bernilai?
Tidakkah kamu simpan kecantikan kesopanan kelembutan dirimu untuk yang berhak? Untuk yang halal nanti?

Masa mudamu ini
Gunakan untuk menuntut ilmu
Mengenal dan mencintai Allah
Itulah benteng bagimu
Menghadapi pancaroba dunia
Menjadikanmu MALU pada Allah
Takut pada azabnya
Merindui syurganya...
Mahalkanlah dirimu
Bukan untukku bukan untuk sesiapa
Kerna dirimu berharga.

No comments:

Post a Comment