Thursday 5 July 2018

يا أختي

Ukhty yang mengesani.

Walaupun tanpa mengucapkan kalam taujihat, tingkah lakunya   telah menunjukkan qudwah. Menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira tua atau muda. Disenangi setiap orang.

Di akhir pertemuan,meminta pula mendoakannya supaya tsabat, dan mencari dirinya jika terleka. Allahuakbar. Hati ini bergetar kuat saat itu. Dulu, dia lah tempat kita mengadu, kalamnya penuh syahdu dan makna. Lembut bicara menenangkan hati tika gusar. Kadang tanpa bicara kita, dia menyapa dan memberi semangat.

Dan kini, diri ini juga tidak kuat menongkah badai dan arus. Tapi tidak boleh lagi berpaut pada sesiapa. Kerana semuanya sudah terpisah dek waktu dan komitmen. Ku sedar, bila sendiri, kita lah yang menjadi murabbi pada diri. Takkan kita mahu siakan apa yang diperoleh dalam dakwah dan tarbiah di bumi tarbiah.

Ukhti, moga kita sama2 tsabat hingga bertemu di syurgaNya kelak.


No comments:

Post a Comment