Saturday 2 June 2018

Noktah muhasabah


jika kita menyebut hidup ini tidak selalu indah
ada waktunya cuaca mendung atau hujan lebat atau hujan kilat
pasti ramai akan bersetuju
ya, hidup itu pasti ada ujian,
kerana senyuman dan kegembiraan yang panjang itu
hanya milik Allah
yang akan dikurniakan pada hamba2nya yang soleh dan bertaqwa
di syurga abadi nanti.

percayalah,
setiap waktu ujian itu,
waktu untuk kita muhasabah diri,
renung semula apa yang telah kita lakukan
sepanjang mendapat nikmat
adakah kita bersyukur atau sebaliknya
adakah nikmat Allah kita gunakan sebaiknya?

seperti kereta api atau kenderaan
yang berhenti mengambil penumpang
atau mengisi minyak
atau berehat sebentar
begitulah ujian...
noktah atau hentian untuk kita muhasabah diri.

wallahuaalam.



No comments:

Post a Comment