Saturday 1 October 2016

Ikhtilat : ini pun tak boleh ?

Petang itu, dalam jam 2 petang waktu Mesir, Aisyah sedang bersiap-siap hendak keluar. Teman sebiliknya tertanya-tanya ke mana Aisyah hendak pergi. Tanpa membuang masa, Tasneem terus bertanya :

"Aisyah, siap-siap ni nak pergi mana ?"

Sambil memandang cermin untuk membetulkan tudungnya, Aisyah menjawab :

"Awak ni, lupa lah tu, dah berapa kali saya  ingatkan. Hari ni kan ada forum. Forum pasal ikhtilat"

"oh ye ! kenapa semangat sangat Aisyah ? pasal ikhtilat je pun, just small matter"

Aisyah mengerutkan dahi." hah? small matter? kalau cam tu awak lah orang paling layak yang ikut Tasneem. siap sekarang ..." Aisyah menjeling tajam.

Tasneem serba salah. "alamak. salah cakap ke ..habislah Aisyah dah merenung tajam. Ish, terpaksa pergi.." dengan muncung Tasneem bangun mencapai tudung yang nak digosok.

"Aisyah, penting ke kita tahu pasal ikhtilat ? Biah kita bukan dah terjaga ke?" soal Tasneem perlahan.

" Awak boleh jamin selamanya kita akan terjaga? Awak yakin ?"

Gulp. 

* * *
Sesi forum bermula dengan rancak. Aisyah, Tasneem serta mahasiswi-mahasiswi lain tekun mendengar butir bicara kedua-dua panel yang bukan sahaja hebat, tapi sangat hebat.

"dalam kehidupan seharian kita tak akan lari dari ikhtilat. yang dimaksudkan secara umumnya adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. ada batas-batas yang Islam telah gariskan kepada kita untuk dijaga. kerana seorang muslimah itu terlalu berharga dan boleh menjadi fitnah kepada lelaki"

" seorang muslimah mestilah ada prinsip dan bertegas dengan pendirian terutama bila berhadapan dengan lelaki. kita tak boleh sewenangnya terlalu ramah dan santai dengan lelaki"

" antara sebab yang dibolehkan kita bermuamalah dengan berlainan jantina adalah ketika keperluan dan mudarat. selain dari itu, kita hendaklah menjauhinya. sebagai contoh, pelajar dan guru,doktor dan pesakit. hatta ketika kerja sekalipun perlu menjaga batas-batas pergaulan"

" hari ini, kebanyakan persatuan atau gerakan Islam, yang ditubuhkan bertujuan untuk berdakwah, telah terpedaya dengan suasana sekeliling. isu ikhtilat telah dipandang remeh, sehingga dalam mesyuarat yang bercampur, berlaku gelak ketawa berlebihan dan lari dari agenda sebenar"

"jagalah Iffah atau kemuliaan kita sebagai seorang muslimah, yang tidak sewenang-wenangnya melayan lelaki ajnabi seperti kaum keluarga sendiri. kerana di tangan seorang wanita, akan lahirkan pemuda-pemuda pemimpin ummat. jikalau perkara kecil sebegini tidak diambil berat, hancurlah dunia. tidak akan nampak cahaya Islam akan bersinar"

begitulah antara isi-isi yang telah disampaikan. Sempat juga Tasneem menyalin apa yang penting.

"Aisyah, alhamdulillah. kita tak terjebak dalam ikhtilat ni sekarang. kalau kat sekolah dulu ada lah"

"hmm, moga kekal macam ni"

* * *
Hari ini, banyak urusan-urusan yang perlu diselesaikan. Aisyah dan Tasneem sama-sama pergi ke kuliah Azhar untuk membayar yuran dan membuat kad pelajar. Setelah itu, mereka bergerak pula ke Rumah Negeri untuk membuat terjemahan keputusan peperiksaan yang lepas untuk kegunaan biasiswa atau zakat.

"jom balik. jap lagi nak singgah rumah Nadiah. dah nak dekat Asar ni" ajak Tasneem. Mereka pun berjalan ke tempat menunggu kenderaan. Biasanya mereka akan menaiki tramco untuk ke Asyir, kerana lebih murah berbanding bas Hijau dan mudah didapati, berbanding bas Merah yang murah tetapi jarang lalu.

Lama mereka tunggu tramco atau van. semua yang muncul sudah penuh. orang yang menunggu di situ pun ramai. maka terpaksa lah berebut.siapa yang cepat dia yang dapat. setelah hampir setengah jam, muncul satu tramco yang kelihatan ada tempat kosong, mereka membuat isyarat Asyir, Ammu tramco itu mengangguk. belum sempat mereka melangkah, sebuah avanza yang dipandu seorang lelaki melayu menegur mereka.

"ustazah, nak balik mana? mari saya hantarkan."

Tasneem ragu-ragu. Aisyah pun sama. Boleh atau tidak ? bunyi hon semakin bersahutan di belakang. Avanza itu telah menghalang laluan. Tanpa sempat berfikir, Aisyah menarik tangan Tasneem. "Masuk je lah". dalam perjalanan, ustaz itu ramah pula bertanya tentang mereka berdua. Tasneem sibuk membalas mesej, dia membiarkan saja persoalan-persoalan itu. lantas, Aisyah ramah pula menjawabnya. Semua soalan dijawab dengan betul tanpa ragu. 

walaupun sebenarnya Aisyah rasa macam berlebihan pula soalan ustaz itu. Rasa tak sedap hati. betul ke apa yang aku buat ni?

Sesampainya ke destinasi, mereka turun. Tanpa berfikir apa-apa. "haih, rezeki hari ni. dapat kenderaan free ..." celoteh Tasneem.

* * *
malam itu selesai membaca ma'tsurat dan makan malam, Aisyah mendekati Tasneem.  

"Tasneem, awak rasa betul ke tindakan kita tadi ? saya rasa bersalah lah. malu pun ada"

"kenapa Aisyah ? kita ada buat salah ke?"

" ya Allah. rasa berdosa sangat Tasneem. tak patut saya jawab semua soalan-soalan ustaz tu yang berkaitan diri saya. dan boleh jadi fitnah pula kita naik kenderaan dengan ustaz tu. dah la tak kenal.Ada ke kita beramah mesra dengan ikhwah dalam persatuan kita ? kita hanya cakap benda yang perlu je. ringkas dan padat. tak pernah masuk soal peribadi. malunya saya Tasneem. " luah Aisyah perlahan sambil tunduk.

"patutnya kita tak payah terima ajakan ustaz tu. lebih baik naik tramco daripada mengundang fitnah. terasa sangat diuji. baru saja beberapa hari dapat ilmu tentang ikhtilat. saat-saat terdesak Allah uji prinsip kita " tambah Tasneem. Dia turut rasa serba salah.

"sama-sama kita ambil pengajaran Tasneem. Allah akan uji bila-bila masa. kita tak boleh yakin sangat dengan apa yang ada sekarang. ilmu kita, biah, kawan-kawan yang baik, tak boleh menjamin kita jauh dari dosa-dosa yang kadang nampak kecil. Allahu akbar " ujar Aisyah sambil beristighfar beberapa kali.

" saling mengingatkan Aisyah. saya pun tak sedar kesalahan tu kalau awak tak sebut. saling kuatkan ye Aisyah. banyak ujian dan cabaran untuk daieyah macam kita. kita tetap manusia biasa yang bukan ma'sum. Allah bukan tengok pada rupa dan amalan kita, tapi pada hati kita "

TAMAT

nota :
pergaulan lelaki dan perempuan dibolehkan atas sebab-sebab keperluan dan mudarat. selain itu, tidak dibolehkan. kedua-dua hendaklah menjaga batas-batas. macamana nak bezakan? kalau dia bukan ahli keluarga kita iaitu ajnabi,layanlah seperti orang asing, tidak boleh berlebihan seperti dah lama kenal atau berkawan rapat.
wallahuaalam. setiap yang Allah tetapkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Islam itu indah.



No comments:

Post a Comment