Bismillah.
Apa yang yang mahu dikongsi kali ini? Sebelum apa-apa, baik saya kongsi beberapa ayat yang mana, bila baca ayat-ayat tu, ia mampu bagi kita kekuatan untuk teruskan kehidupan kita. (tarik nafas perlahan-lahan)...
"Wahai orang2 yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" {AlBaqarah:153}
"dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar,
yaitu, orang2 yang pabila ditimpa musibah, mereka berkata "sesungguhnya kami milik Allah da kepadaNya lah kami kembali" " {2 : 155-153}
"dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu , dan akan Kami uji perihal kamu" {47:31}
dan baaanyak lagi ayat Qur'an cerita pasal Ujian dan Sabar.
satu hadis pula:
Sabda Nabi S.A.W : "ajaibnya perihal seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. dan tiadalah memiliki ciri seperti ini melainkan seorang mukmin. sekiranya dia diuji dengan kesenangan, dia bersyukur. maka syukur itu adalah yang terbaik baginya.
sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar, dan sabar itu adalah yang terbaik baginya"
[ Riwayat Muslim]
kalau baca Bahasa Arab dan faham, lagi best lah. Lagi menusuk jiwa. T.T Allahh
Hidup jauh di perantaun,jauh dari keluarga, memang mudah diulit perasaan. rindu,terkenang memori, fikir masa depan ,dan maca-macam lagi. dan banyak juga pengalaman2 baru yang dialami, serta bermacam kejadian. (maaf kalau tak faham). susah jugak nak cerita yang terpendam ni.
apa yang dapat saya simpulkan dari dugaan2 yang menimpa kebelakangan ini.
Hikmah Ujian :
1) Sebagai pengajaran dari Allah buat hambaNya.
2) Menguji kekuatan fizikal dan jiwa
3) berhati-hati agar kejadian sama tidak berulang.
4) menghapus dosa-dosa lalu jika kita bersabar
5) Menguji sejauh mana tahap sabar kita, dan redha kita.
6) tanda Allah pedulikan kita!
ujian itu memang dicipta untuk hamba Allah yang beriman. Benarlah ujian itu tanda Allah sayang. kerana dunia ini penjara bagi mukmin, tempat rehatnya di syurga. maka, usah sedih di dunia ini kamu ditimpa apa pun, asalkan di akhirat sana kita ada tempat di syurga.
Selamat menempuh ranjau kehidupan, selamat maju jaya dalam dakwah dan tarbiah, juga dalam pelajaran. kekuatan itu dari Allah, mintalah dariNya.
Sekian. Wassalam.
#bahangexamsudahterasa
#semangaattt!!
#mumtazuntukummah!


No comments:
Post a Comment