Bismillah.
Kali ni tak ada apa saya nak tulis,cuma mahu cerita sikit. Sebenarnya nak sambung cerpen,tapi belum dapat idea.
***
Mesir dah masuk musim sejuk,dah macam dalam peti ais,jadi biasalah tu kalau pakai baju berlapis-lapis. Tambah-tambah kalau nak keluar rumah.
Paling tak suka dan susah musim sejuk ni adalah bila kena masuk tandas. Nak ambil wuduk, basuh tangan, mandi (tak setiap hari), basuh pinggan dan seumpamanya. Pun begitu, kita tetap disarankan untuk banyakkan minum air ya. Ia adalah gaya hidup sihat.
***
Saya rindu Malaysia. Halaman rumah saya. Rumah saya. Keluarga saya dekat mahupun jauh. Kawan-kawan sekolah. dan semuanya. Bilakah hari saya pulang itu akan tiba?
Peringatan buat saya: Ingat balik cita-cita dan hadaf awak datang Mesir. Bila Allah dah izinkan awak jejak kaki ke sini, makanya gunalah peluang sebaiknya. Peluang tak datang berkali-kali .
***
Usrah saya yang menguatkan saya untuk terus bergerak dalam jalan penuh cabaran ini. Jalan menyeru orang kembali pada Islam syumul.
***
saya tak nak bercita-cita tinggi setinggi gunung dan awan sahaja, tapi saya harap kita bergerak dan berubah untuk mencapai kita punya impian
***
Kita sebagai orang Islam kena kuat! kita ada Allah. makanya kita lagi hebat dari orang-orang yang menentang agama Allah. mereka bergantung pada siapa? mereka sebenarnya lemah! kitalah yang paling hebat sekiranya benar-benar mengikut akidah yang sahih.
***
saya tak suka orang bermuka-muka. kejap baik kejap tak baik.
***
terharu sangat bila ada orang kejut "bangun,qiam ."
~ ~ ~
itu sahaja lah.
yang baik ambik.
senyum.

No comments:
Post a Comment