Kelas sesi pagi tamat. Pensyarah sudah bangun keluar dari dewan kuliah. Pelajar-pelajar mula mengosongkan dewan. Aku masih duduk. Malas mahu berebut-rebut di muka pintu. Aku mengambil buku lalu letakkan di dalam beg. Aku bangun lalu menuju ke pintu. Perut sudah lama menyanyikan lagu. lalu fikiranku satu,cafe. Aku terus berjalan melewati kesesakan pelajar yang masing-masing ada destinasi tersendiri.
Sampai di cafe,aku ternampak kelibat temanku. Jarang juga berjumpa dengan dia. Aku mendekatinya. "Khaulah!" senyum.
* * *
Kami duduk di bangku kosong. Di tengah kesibukan pelajar lalu - lalang yang tak pernah sunyi. Kami makan sama-sama. aku sempat belanja temanku itu. Alhamdulillah,rezeki dia. kami bertanya khabar masing-masing. sempat bertukar-tukar cerita.
"kita ni kalau nak berubah,kena cari suasana dia. nak jadi baik,bergaullah dengan orang-orang baik"
aku menyambung perbualan.
"kawan sekeliling Khaulah memang semua dah baik. tapi terkadang tu, terlalai juga. lepas baca qur'an satu juzuk,pergi layan movie...lepas study...duduk dengar lagu...macamana pula tu?" Khaulah menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut.
"itu belum solehah lah suasananya. suasana yang baik bilamana kawan-kawan kita tak mendorong kita ke arah jahiliah"
"jahiliah? zaman jahiliah dulu ke apa?"
"jahiliah tu...yang selain Islam ajar...selain tuntutan Islam...yang menjauhkan manusia dari Allah. macam yang awak cakap tadi,movie,lagu, dan seumpamanya"
"novel,drama,game,macam tu?"
angguk.
"Khaulah,dulu Tira pun suka benda-benda tu. walau Tira tahu dia sebenarnya memang buang masa. Tapi, Tira buat juga. sebab minat. suka layan movie yang berjam-jam, dengar lagu - lagu cinta yang melarut, layan novel cinta.
bila Tira tengok orang baik-baik,yang selalu ikut program, Tira tertanya jugak,diorang ni layan ke tak ha benda-benda camtu? takkan diorang tak minat langsung kot? macaman diorang boleh tak minat benda-benda yang mengasyikkan ye?
bila Tira bersama diorang tak pernah sembang pasal artis, lagu terbaru, movie terbaru, ape ape aje..yang diorang sembang pasal ...sahabat sahabat rasul, kisah-kisah nabi, pejuang-pejuang Islam...dan Tira ikut usrah"
Aku berhenti. menyuap makanan.
"lama-lama Tira dengan sendirinya tak rasa langsung nak layan semua tu...bila kita dah sibuk dengan kebaikan kita takkan sibuk dengan jahiliah . percayalah! walau dulu minat semua tu bagai nak rak, bila iman dah ada di hati, semua tu sebelah mata pun tak pandang!" mata bersinar-sinar. Nikmat yang sungguh indah. Bila hati dah jauh dari maksiat.
"Khaulah nak ikut usrah! nak tinggalkan jahiliah...hati kosong walau penuh dengan hiburan tapi hiburan tak memuaskan hati..."
"bilamana jasad perlukan makanan,begitu juga dengan roh kita,berilah makanan!"
Khaulah senyum. "thanks untuk nasi lemak cinta hari ini. rezeki depan mata,dapat pula solusi, tak sia jumpa awak hari ni. saya akan tinggal jahiliah!"
"Assyukru Lillah. Pujian hanya untuk Allah. mari sama-sama bimbing tangan pergi syurga! doakan Tira juga "
Bungkusan Nasi Lemak digumpal lalu dibuang ke tong sampah. Hati riang. setelah bersalaman,masing-masing menyambung haluan seterusnya dengan harapan akan bertemu lagi.


No comments:
Post a Comment