Assalamualaikum semua.
Masih dalam mood beraya? jadi di kesempatan ini sukalah saya untuk mengucapkan "Salam Aidiladha" dari saya yang jauh di perantauan bumi Kaherah,Mesir. Alhamdulillah,sambut raya dengan meriah di samping sahabat-sahabat tersayang. Meriahnya seperti di Malaysia sahaja bezanya bukan dengan keluarga kita.
Apepun dalam kegembiraan raya,janganlah lari dari makna sebenar raya itu.Hari raya ini disediakan oleh Allah buat hamba-hambanya yang telah mengorbankan dirinya hanya untuk Allah. Tinggalkan keinginan hawa nafsu,tahan diri dari maksiat dan sebagainya. semua itu memerlukan mujahadah. jadi sepatutnya raya ini semakin mendekatkan diri kita kepada Allah.
baiklah,kembali pada tajuk kita hari ini, marah .kenapa tiba-tiba marah? marah ini adalah satu perkara yang negatif. marah juga ada disebut oleh Rasulullah, iaitu cara untuk meredakan kemarahan, bila kita marah dan sedang berdiri, kita duduk, jika kita sedang duduk maka baringlah dan jika tidak berjaya berwuduklah.
dan ada juga satu hadis yang mengatakan, mafhumnya :bukanlah orang yang kuat itu orang yang mampu mengalahkan orang lain,tapi orang yang kuat adalah orang yang menahan diri ketika marah.
namun, kali ini bukanlah saya nak bincangkan marah yang negatif ini,tapi marah yang dapat menghalang seseorang dari melakukan salah atau dosa.
Ada seorang ahli rumah saya,senior lah kiranya.Dia ni selalu tegur kami adik-adik. makan berdiri,solat lewat,solat sorang-sorang (tak jemaah), makan maggi, makan jajan, dan seumpamanya.
"duduklah"
"heip,makan maggi pulak. lain kali tak boleh dah"
"kenapa solat sorang? lain kali solat sama-sama"
dan dia suka kejut ahli rumah bangun tahajjud. saya terharu sangat. selalunya orang kejut,
"bangun subuh"
ni tak,
"bangun tahajjud"
dan bila dah kakak tu selalu tegur dan macam marah serta tunjuk yang dia tak suka lagi menampakkan perkara tu salah,jadi kami adik-adik ni selalu beringat, bila pergi dapur time orang masak, mestilah kita yang lapar ni nak cuit-cuit sikit kan, bila nak suap masuk mulut tu..
"heip,duduk lah..nanti kak xxxx marah.."
"solat cepat,nanti kak xxxx marah"
"......nanti kak xxxx marah"
dan apa-apa ajelah.saya rasa itu satu benda yang bagus.marah sebab kita buat salah. dan bila sekali dah kena marah tu, lain kali kita memang dah tak ulang benda samalah. mula-mula memang sebab ada orang marah,tapi lama-lama tu kena sebab kita tahu benda tu salahlah.kalau kita buat sebab seseorang,bila orang tu takde maka kita akan kekalkan perkara tu. jadi apa-apa pun kena sebab Allah. kita tinggalkan benda tu,yang salah tu, sebab Allah,bukan sebab nanti ada orang marah.
jadi saya teringat time sekolah dulu,tahun SPM, kami sekolah agama yang asalnya kelas lelaki perempuan diasingkan.tapi tahun itu,memandangkan calon tak ramai,dan bagi menjimatkan waktu dan tenaga maka kelas digabungkan. jadi bukanlah nak cerita pasal kelas gabung tu. ceritanya lepas SPM tu, habis sekolah, maka saya dapati teman2 saya mula friend dengan pelajar lelaki di FB.
dan macamana entah cerita dia saya lupa. dan saya dapati masing-masing bila dah keluar sekolah ni..macam bebas lah sikit pergaulannya.
satu hari,teman sekelas saya mesej,dia muda setahun dari saya,jadi dia hormatlah saya sebagai kakak.dia mesej kata minta maaf..kenapa ? pelik jugak.
"minta maaf sebab contact dengan budak laki.saya tahu akak tak suka.saya tahu akak marah"
camtulah lebih kurang. itulah point dia . marah. jadi wajarlah kita menunjukkan marah kita pada orang yang berbuat kesalahan supaya dia tahu perkara itu salah.
seperti program Bulan Kemarahan Ummah yang diadakan baru-baru ini bagi menunjukkan kemarahan pada Israel.
marah boleh bila pada tempatnya.misalnya, marah bila orang bukan Islam mencabar kedudukan Islam dalam negara Islam.
sekian Wassalam.


No comments:
Post a Comment