Sunday 1 June 2014

Tiada alasan lagi.

Bismillah

Musim exam masih berjalan dan perjuangan belum berakhir.Perjuangan menelaah buku,memahami setiap patah perkataan,hafal dan seumpamanya.Begitulah rutinnya pada setiap madah.Perjuangan itu memerlukan kesungguhan.Tanpa kesungguhan ia membawa kepada kosong.Jadi semangat itu perlu ada.

Tapi malangnya,semangat itu tidak istiqamah.Turun naik.Jauh dekat.Haishh

Apa yang boleh dilakukan bila tiba-tiba semangat itu menghilang time kita buka buku??Allahuakbar.
Siapalah yang tak semangat tu kan? Malas pulak nak baca buku kan? Siapa la kan?

Ayuh,kembalikan! Anda tak harus lembik!

Sahabat sekalian,di sini senarai yang boleh saya kongsikan bila mana kita tiba-tiba merasa lemah dan MALAS ^^

Ingat matlamat dan cita-cita.
macam biasa yang selalu diingatkan oleh orang dewasa.sebagai manusia pastilah kita memasang cita-cita dan impian.mahu itu mahu ini.nak jadi itu nak jadi ini.mahu punya itu ini.mahu dapat itu ini.
Jadi saranan saya,andai kita ada impian catatlah kerana kita mudah lupa.catat impian anda.catat ya.Mungkin dulu kita meminta sesuatu dan sekarang kita sudah mendapatkannya tetapi kita mensiakannya kerana kita LUPA.
contoh: dulu masa sekolah teringin sangat nak sambung ke Al-Azhar.ustaz2 kata kat sana penuh ilmu.aku mahu jadi orang berilmu,jadi aku mahu ke sana.Ya Allah,perkenankanlah.
Diizinkan Allah,sampailah orang itu ke tempat yang diidamkannya,Universiti Al-Azhar,Kaherah.Tetapi,time kelas tak masuk,buku tak baca,time exam,main-main. (kena batang hidung?uhuk)

Ingat orang tersayang.
Tahu tak setiap kita adalah harapan mereka?harapan siapa?ibubapa kita,keluarga kita,guru-guru kita dan lain-lain.Sanggupkah kamu memusnahkan impian mereka yang menginginkan kamu berjaya?yang telah banyak mencurah masa,tenaga,harta dan sebagainya?mereka percaya kamu mampu berjaya,bila orang meletakkan kita sebagai kepercayaan dan harapan,adakah kita masih mahu bermalasan dan tidak percaya yang kita sebenarnya mampu?hah?

apa lagi yang kita mahu?kita sudah berada di zon selesa.
masih mahu beralasan?"tak boleh belajar la,henfon kat sebelah,asyik masuk mesej je","susahla..tak boleh belajar..panas pulak bilik ni","Ish,tak selesa la..takde kerusi,tak suka belajar duduk bersila" macam-macamlah kan.sedar tak kita ni sebenarnya sudah cukup dengan apa yang kita ada sekaran?.tempat tinggal untuk berteduh ada.pakaian hari-hari bertukar-maksudnya takdelah ada sepasang je.makannya 3 hari sekali-atau lebih-maknanya taklah kebulur tak cukup makan.cukup pula anggota badan-tak cacat.ape lagi ape lagi?setiap hari boleh bernafas-maknanya sihat dan udara cukup.banyakkan nikmat Allah bagi.malas lagi nak belajar??boleh kira ke nikmat Allah tu?dah tu taknak berterima kasih? (macam garang je kan)

ada lagi ke?saya rasa tiga tu dah cukup untuk kita tidak beralasan dan tak mahu study.huhu.jadi sekarang taknak malas-malas dah okay?tak nak main-main dah.tak nak alasan sampai beribu-ribu.tak nak lemah semangat lesu macam nak mati.sekarang duduk dan buka buku dan fokus!

oh ya,sedikit tips untuk fokus.

1- pastikan diri kita selesa-selesai mandi dan makan-dan juga selesai segala tugas terutama kerja rumah-dah clearkan dapur,kemas rumah,jemur kain dan seumpamanya.
2- jauhkan segala perkara yang tiada kaitan dengan pembelajaran-henset kesayangan anda-laptop tercinta-dan segala jenis gadget yang anda miliki (untuk orang berduit la ada macam2,kita ada yang biasa jerr,hmmh tapi tetap menganggu haihh) ye?boleh?saya yakin anda boleh berpisah dengan wifi sebab anda bernafas menggunakan udara Allah bukan wifi..hoho.
3- set masa nak study berapa jam.saranan saya study 30 minit dan jika mengantuk rehat 5-10 minit kemudian sambung dan begitulah seterusnya hingga berjam-jam lamanya tetap bersemangat waja!
4- sebelum mula baca doa penerang hati moga dimudahkan faham.
5- boleh mula!

ada lagi ke tips yang tertinggal?ok,saya kira itu sahaja buat waktu ini.selamat menjadi harapan ummah wahai sekalian temanku!

Wassalam.
Alhamdulilah.

                                                   (pinjam gambar dik)

No comments:

Post a Comment