Sunday 18 May 2014

Fitrah dalam diri manusia.

Bismillah.

Di kesibukan dalam membuat persiapan menghadapi exam final bagi sesi 2013/2014 ini,
izinkan saya mencelah memberi sedikit perkongsian kepada pembaca sekalian..

Dalil Kewujudan Allah

Sebenarnya kewujudan Allah ini adalah fitrah setiap manusia.Semua manusia sebenarnya dalam diri dia tu memang percaya Allah itu ada.

Sebagaimana firman Allah:
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam),sesuai fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. [ArRum:30]
dan bila munculnya fitrah ini? 

ya,inilah yang saya mahu kongsikan dengan anda.

Bila manusia menghadapi kesusahan dan penderitaan serta bahaya di hadapannya..yang mana manusia merasakan ketika itu tiada siapa yang mampu menolongnya..dan ketika itu dia percaya kewujudan satu kuasa yang Maha Hebat yang mampu menolongnya.Lalu dia menadah tangan berdoa,meminta pertolongan dan berharap pada Allah.

Disebut dalam firman Allah:
"dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri,tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali ke jalan yang sesat,
seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya."[Yunus:12]
firman Allah lagi:
"dan apabila manusia ditimpa oleh suatu bahaya,mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepadaNya,
kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmatNya kepada mereka,tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah" [ArRum:33]
Rujukan: buku Dirasat Fi Ilmi Tauhid,

bagi saya 2 ayat Alqur'an di atas dapat menginsafkan kita..bila susah dan mahukan sesuatu, kita bergantung sepenuhnya pada Allah,berdoa,mengharap,merayu,memohon...
tetapi bila kita diuji kegembiraan,senang,bahagia,seronok..kita lupa..lupa mengucapkan syukur padaNya.

wahai hamba,Allah sedikitpun tidak rugi jika kamu menjauhiNya,dan sedikitpun tidak terkesan..jadi siapalah kita untuk jauh dari Allah ketika senang dan kembali kepada Allah ketika susah?tidak malukah kita?

jadi,tidak kiralah waktu senang atau susah,sentiasalah kita tingkatkan Iman kita.Jauhkan perkara-perkara yang membawa kita leka dari mengingati Allah.

seorang hamba meminta dari penciptaNya,
tetapi tidak memenuhi perintah penciptaNya,
mungkinkah hamba itu mendapat apa yang dipintanya?


sekian wassalam.






No comments:

Post a Comment