Saturday, 12 April 2014

Teguran itu ubat.

Assalamualaikum,sidang pembaca yang budiman.

Hari ini suka untuk saya kongsikan tentang perkara yang sering berlaku di sekeliling kita.
Anda pernah ditegur? Pernah menegur? Apa perasaan kita bila kita ditegur orang atas kesalahan kita?
Kadang-kadang kesalahan yang kita buat tu langsung kita tak sedar.Ada juga kesalahan yang kita tahu salah tapi kita tak mampu nak betulkan sebab kita rasa tak perlu nak betulkan?betul?setuju dengan saya?

Baiklah,kalau anda rasa saya salah,tak mengapa sebab masing-masing ada pendapat dan rasa sendiri.
Jadi bila rasa macam tu,bila kita tahu itu salah tapi kita tak mampu nak betulkan,sebenarnya apa yang kita perlukan?

YA! kita perlukan teguran.Kita perlukan orang menegur kita supaya kita dapat betulkan kesalahn kita.
Walau teguran itu memang mencalarkan hati  kita,walau teguran itu melukakan kita,tapi percayalah!
Kita perlukan teguran.

Ibarat orang sakit yang perlukan ubat untuk menyembuhkan sakit dan deritanya,Walau ubat itu pahit untuk ditelan,tapi orang sakit perlu telan ubat itu.

Begitu juga dengan diri kita yang serba kekurangan dan kesalahan,perlukan teguran dari orang sekeliling untuk membaiki diri kita ke arah lebih baik dari masa ke semasa,Walau tajam teguran itu,itulah yang baik untuk kita.

dan untuk kesalahan yang kita tak sedar,saya boleh kongsikan contohnya seperti kita membaca Al-Qur'an sendirian bukan depan guru kita,dan kita tak akan tahu ada kesalahan dalam bacaan kita tanpa ada orang yang tegur  kita.Bila ada orang tegur "eh,salah tuu..macam ni bacanya.." adakah anda akan berterima kasih pada orang yang membetulkan bacaan anda?Kalau dia tidak menegur anda maka teruslah anda berada dalam kesalahan tanpa anda sedari,dan teruslah anda merasakan anda telah beramal tapi sebenarnya tidak.

Jadi bila ditegur selamatlah kita dari bacaan yang salah,maka berterima kasihlah kepada yang menegur kerana dia sayangkan anda.kerana dia tahu yang betul dan dia mahu anda juga membuat yang betul bersama.

Firman Allah Taala dalam ayat suci Al-Qur'an:
"dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat buat orang mukmin" [Adzaariyaaat 51:55]

jadi kita seharuslah berterima kasih kepada orang menegur kita,menegur kesalahan kita,dan yang sama-sama mahukan kita dalam kebaikan.Janganlah melenting dan bermasam muka dengan orang yang menegur kita,walau ianya memang pahit untuk ditelan,dan sakit untuk kita tapi itulah yang terbaik untuk kita.Itu yang terbaik untuk kita.Siapa yang tidak mahu yang terbaik untuk dirinya?Malah kita sendiri sama-sama mahu ke syurga bukan?

Harap tulisan ini memampukan saya menerima teguran :) anda bagaimana?
Insya-Allah.Anda juga mampu!

Sekian.

No comments:

Post a Comment