Saturday, 22 March 2014

Hari Wanita Islam 2014



Bismillah

 Tanggal 14 Mac 2014 telah berlangsung satu program yang dinamakan HARWANIS,program yang julung kali diadakan bagi sama-sama membincangkan isu tentang wanita.Di sini suka untuk saya kongsikan sedikit isi penting yang saya dapat dari program ini.

Feminisme
Feminisme bermaksud kepercayaan yang bersumber dari barat tentang kesamarataan gender dalam sosial,ekonomi dan politik yang diwakili oleh pelbagai institut yang komited dalam perjuangan hak wanita.

>>Sejarah gerakan Feminisme.

Revolusi Perancis
1791 -Declaration of The Right of Women and The Female Citizen isyhtiharkan menyatakan perempuan setaraf lelaki.
1792 -kaum wanita peroleh hak untuk dapat bercerai dengan suaminya.

Gerakan di Amerika
1848 -Deklarasi tuntut reformasi hukum perkahwinan,perceraian,perwarisan harta dan anak.

1895 -Elizabeth Cady Stanton menerbitkan buku "The Women Bible" setelah mengkaji teks Bible berkenaan wanita dan menyimpulkan bahawa Bible adalah sejarah menghina wanita lalu berusaha meyakinkan bahawa Bible bukan kata-kata dari tuhan tetapi himpunan cerita yang ditulis oleh lelaki.Oleh itu,wanita tidak memiliki kewajipan moral untuk mengikut ajaran Bible.

1970 -perkembangan konsep keserataan gender.
         -gerakan Feminisme Lesbian mula bertapak di USA.
         -memperjuangkan LGBT

1923 -Feminisme mula muncul dalam masyarakat Muslim yang pertama di Mesir iaitu Al Ittihad Al Nisa'i Al Misri oleh Huda Shaarawi.

>> Feminisme di Malaysia.
dan kini gerakan ini dibawa ke Malaysia secara terancang.Antara gerakan yang membawa fahaman ini ialah Sister In Islam.
Untuk lebih info boleh baca sini

jadi apa yang penting ialah...
Peranan kita Wanita Muslimah

--> menambah ILMU dalam diri bagi mengelakkan diri dari dieksploitasi oleh mana-mana pihak agar kita tidak menjadi fitnah pada dunia.
--> FAHAM Ilmu yang diperoleh dengan cara memupuk dalam diri dengan memperbaiki diri dengan akhlak Islam
--> punya AKHLAK ISLAM terutama malu sebagai seorang wanita di mana saja kita berada.
--> ada MATLAMAT hidup yang terancang dan jelas.
--> punya PRINSIP dalam hidup.
--> perlu kehadapan dan menonjolkan diri dalam masyarakat tetapi dengan batas Syara'.

mungkin apa yang saya sampaikan teramatlah ringkas dan saya harap setelah membaca ringkasan dari tulisan ini,para pembaca boleh menambahkan bahan bacaan dan pengetahuan tentang gerakan Feminisme terutamanya dalam medium lain.

Wassalam~



No comments:

Post a Comment