Thursday 8 November 2018

Peduli

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? harap dalam keadaan baik dan sentiasa diredhai Allah.

untuk melahirkan rasa bahagia dan syukur, kita haruslah menghargai dan peduli setiap apa yang ada dan yang berlaku di sekeliling kita.

kalau hari2 kerja scroll akaun media sosial je, kemudian tengok rakan2 muat naik benda yang menggembirakan,cantik,lawa,seronok,seolah sempurna, pastu timbul iri hati atau dengki dalam hati, terdetik ; " bestnya dia, aku tak dapat pun" " bahagianya hidup dia, asyik makan sedap je"
" seronoknya pergi melancong" dan seumpamanya, memanglah akan murung sepanjang tahun.

sebab, kita tengok 'kebahagian' sementara yang diketengahkan orang dalam media sosial mereka, berbanding mereka menceritakan kesusahan, kepedihan, kesakitan, ujian mereka. lainlah yang minta sumbangan tu, kita tak merasa sangat, sebab itu orang lain yang susah, bukan orang terdekat dan bukan orang sekeliling kita.

jadi, di sini saya nak bawakan dan nak ingatkan, kita hargailah kehidupan kita, apa yang ada di sekeliling, tak perlu susah payah atau sibuk nak bandingkan kehidupan orang dengan kita. orang lain pun tengok kita, dan rasa bestnya kalau kehidupan dia macam kita. tapi, kita tak sedar.

sebab sebelum ni, dah beberapa tahun kan, merantau dan hidup di negeri orang, kita rasa semua benda baru kat sana, " wahh menarik2 tak pernah tengok!" . kita teroka semuanya.

tapi sebenarnya selama kita duk negara sendiri, tak pernah nak hargai keunikannya dan keistimewaannya, apa yang menarik di sana ( tempat orang), ada juga sebenarnya di tempat kita.
cuma kita je yang tak peduli, tak ambil kisah. sebab dah terbiasa kan.

jadi, marilah kita mengambil peduli apa yang di sekeliling dan hargailah semuanya sebelum terlambat.

(contohnya, saya baru sedar kewujudan ulam-ulaman, yang saya susah nak ingat nama2nya, dah lama family saya makan, cuma saya dulu tak kisah, tapi sebenarnya sedap)


(gambar dari group keluarga)

#rinduMesir
#Malaysiaselamanyadihati
#😊😊😉

No comments:

Post a Comment