Saturday, 13 September 2014

Anda mahu jadi penyambung atau pemutus?

Bismillah.

apa khabar Iman para pembaca? moga sentiasa baik hendaknya. pentingnya iman dalam diri kita kerana imanlah yang menggerakkan seseorang untuk beramal soleh. imanlah yang menghalang kita dari berbuat dosa. iman juga yang mendekatkan diri kita pada rabb kita Allah s.wt.  dengan iman juga manusia mampu mencapai taqwa. dengan taqwa lah Allah menilai manusia.

 “sungguh yang paling mulia di sisi Allah antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa”         {Al-Hujurat:13}

Tunjukilah kami jalan yang lurus

Ini adalah ayat ke-6 dari Surah Al-fatihah yang selalu kita baca dalam setiap rakaat. bacalah dengan penuh pengharapan dan penghayatan. kita kini berdepan pelbagai pemesongan akidah dan penyelewengan agama. berusahalah untuk mencari Al-haq,kebenaran supaya kita tak mudah ditipu dengan ajaran ciptaan manusia yang mengatakan ini dari Allah padahal apa yang dibawa adalah dari diri sendiri.

Asal manusia adalah bermula dari Adam A.S. kemudian,manusia berkembang biak dan tersebar ke serata tempat. Nabi Adam diutuskan untuk sebarkan ajaran Islam yang berpegang pada “Tiada tuhan selain Allah”. Namun ada di kalangan manusia yang tidak mengikut ajaran Nabi Adam dan mengikut hawa nafsu. maka,muncullah syirik iaitu menyembah selain Allah. Mereka sembah api,air,binatang dan sebagainya. dari situ,muncullah berbagai bangsa serta kepercayaan mereka yang tersendiri.

Pada setiap umat diutus Rasul

“Kami telah mengutus seorang Rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), ‘sembahlah Allah’ “ {AnNahl:36}

Perutusan rasul untuk setiap umat membuktikan kasih dan cinta Allah pada makhlukNya. Allah mahu manusia tahu tujuan mereka dicipta di dunia ini dan tugas mereka di dunia. Setiap nabi yang diutus menyeru kepada “La ilaha Illallah!” .bermula dari Nabi Adam,Idris,Nuh dan seterusnya. Diceritakan dalam Al-Qur’an sedikit tentang nabi nabi ini. Antaranya:

“Kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu berkata “Wahai kaumku! Sembahlah Allah” {Al-A’raf:59}

“kepada kaum Ad (kami utus) Hud,saudara mereka.Dia berkata : Wahai kaumku! Sembahlah Allah” {Al A’raf:65}

“kepada kaum Samud kami utus saudara mereka Saleh.dia berkata: wahai kaumku! Sembahlah Allah” {Al A’raf:73}

Di setiap zaman dan umat yang berbeza tapi ajaran yang sama.

dan akhirnya,apabila ajaran Islam telah sempurna dan sesuai untuk setiap umat dan waktu tiadalah nabi selepas itu.Nabi Muhammad S.A.W walaupun tiada bersama kita ketika ini,namun baginda sentiasa hidup kerana petunjuknya iaitu mukjizat teragung yang sentiasa terpelihara iaitu Al-Qur’an.

Jadi,tugas kita adalah menyambung tugas nabi dengan menyampaikan ajaran Islam.Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Nabi telah bersusah payah menyampaikan ajaran Islam kepada generasi-generasi sehingga sampailah Islam itu kepada kita. Maka tugas kita adalah menyambung risalah ini.janganlah kita jadi pemutus kepada generasi yang akan datang.Sambunglah risalah ini. lihatlah dunia hari ini.adakah masyarakat kembali kepada Allah?? Adakah mereka berpegang dengan ajaran Islam??

Realitinya umat Islam itu sendiri yang meletakkan Islam itu di bawah sedangkan Islam itu paling tinggi tiada yang tinggi melainkan Islam.

“agama di sisi Allah adalah Islam” {Ali Imran:19}

Secara ringkasnya,tugas kita:
1)  Menjiwai peranan Nabi dengan memastikan diri kita sentiasa dalam kebenaran.
2)  Berusaha meningkatkan amal soleh dan menjauhi maksiat sebagaimana Nabi sebelum diangkat  menjadi Rasul, Allah menjauhkan baginda dari maksiat.
3)Bezakan diri kita dengan budaya negatif masyarakat sekitar. Tamayyuz.kita berbeza. Contoh  terdekat : jika kawan kawan kita suka tonton movie, kita tidak sertai mereka. semua orang suka sibuk dengan  jiwang berkarat (jodoh,cinta,capital2..ee tak perlu), kita sibuk cinta dengan Allah dan begitulah.
4) Ingat hari Pembalasan.Hari Akhir.

Akhir kata,


“berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai” {Ali Imran:103}




No comments:

Post a Comment