Tuesday, 18 February 2014

Terbang dan berdiri.

Bismillah.


Terbang entah ke mana,
gapai awan biru dan pelangi,
memasang cita-cita,
mengimpikan itu ini,
indah..
mudah..
tersenyum..

Buka mata,
hilang semuanya,
mana awan biru tadi?
mana pelangi indah tadi?
pandang kiri kanan,
tak punya apa-apa,

kaki belum melangkah,
tangan masih kaku,
kita masih belum bergerak!

hakikatnya,
manusia memang perlu memasang cita-cita,
mempunyai impian
ada matlamat...
dalam masa yang sama..
kita perlu berpijak di bumi nyata,
terjun dalam realiti,
bukan sekadar berfantasi..

tanpa tangga mana mungkin sampai ke atas
tanpa mendaki mana mungkin sampai ke puncak
tanpa usaha mana mungkin bertemu kejayaan
tanpa ujian mana mungkin ke syurga..

untuk ke atas perlu bermula dari bawah!

*nak bagi semangat utk diri sendiri.doakan :)
dan untuk sesiapa sahaja yg sedang bersedihh,

wassalam.

No comments:

Post a Comment