Friday, 29 September 2017
Sempurna
Bila kita lihat orang lain
yang di pandangan mata kita sangat bertuah
ada rupa
ada harta
ada rumah
ada keluarga
ada ramai teman
ada peminat
ada semuannya
dia memiliki segalanya
segala kemahuannya terpenuhi
dia dapat apa yang dia mahu
apa disekelilingnya semua indah
dalam hati kita :
"bestnya kalau kita pun dapat macam dia"
"bestnya kalau ada ini"
"seronoknya kalau dapat itu"
"kenapalah tak dapat sama macam dia"
teman,
ketahuilah itu hanyalah keseronokan dunia
memang cantik
memang menarik
memang seronok
memang puas
kalau dapat apa yang kita mahu
kalau dapat semua yang kita idamkan
kalau dapat keindahan dunia itu
sempurna,
adakah di dunia ini ada yang sempurna?
keseronokan itu hanya sementara
keindahan itu takkan membantu kita di akhirat
kebahagiaan itu bukan pada harta dan pangkat
ketahuilah
sempurna itu hanya ALLAH
setiap manusia ada kekurangan
lemah
seangkuh mana di hadapan manusia
dalam hatinya tetap rasa kosong
kurang
kerana belum bertemu dengan cahaya IMAN
290917 . 080139
hayyu safarat, Madinat Nasr.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment