Friday 10 February 2017

Prinsip

Assalamualaikum.

kali ni saya bertekad nak menaip jugak. saya nak simpan kenangan perjalanan kehidupan saya. agar saya boleh ambil iktibar, dan juga dapat dicontohi oleh generasi akan datang.

#1

Tentang malu seorang wanita (saya memang suka bab ini sebab ia dekat dengan kehidupan kita). kalau zaman dahulu, sebelum wujudnya media sosial yang berleluasa (yang menyebabkan semua orang berkuasa segalanya di hujung  jari), mana mungkin kita dapat melihat meluasnya paparan gambar wanita di skrin media. kalau dia (wanita) tinggal di Perlis contohnya, maka orang-orang di sekelilingnya sahaja yang mengenal dirinya, kawan-kawan,jiran dsb. nak tengok dia pun sebatas itu sahaja. hanya terhad pada orang yang pernah jumpa sahaja.

jadi, maruah lebih terjaga. ada batas. selain dari itu, zaman dulu masyarakat sangat jaga adab. Wanita tak digalakkan keluar malam atau keluar bersama kawan-kawan lelaki, atau bercampur dengan lelaki. hatta bila tetamu datang ke rumah pun, wanita tak boleh mengangkat air ke ruang tamu untuk dihidang, tapi beri kepada ayah atau mana-mana saudara lelaki yang ada di rumah itu.



dan sebenarnya,adab itulah yang Islam dah ajar. dalam Al-Qur'an banyak cerita tentang wanita dan adab. Sehingga ada satu Surah khas untuk wanita iaitu dinamakan Surah AnNisaa'. (hmm nanti boleh pula tulis artikel tentang wanita dalam Al-Qur'an)

salah satunya, bagaimana malu dalam diri seorang wanita,ada diceritakan kisah Nabi Musa dan anak perempuan Nabi Syuaib,dalam Surah Al-Qasas.

1) 2 orang anak perempuan Nabi Syuaib mengambil alih tugas ayahnya yang sakit, memberi minum kambing ternakan mereka. ketika mereka sampai di perigi itu, kaum lelaki sedang mengelilingi perigi itu sambil bersesak-sesak. takkan mereka berdua nak pergi sibuk-sibuk masuk dalam kumpulan lelaki itu. jadi mereka menunggu di hujung tempat tidak jauh dari situ. di situ, mereka telah menjaga iffah mereka sebagai seorang wanita muslimah.

2) melihatkan perkara itu, Nabi Musa cuba membantu. Beliau membawa haiwan ternakan itu untuk diberi minum. akhirnya, Puteri-puteri Nabi Syuaib ini dapat pulang awal ke rumah, tidak seperti selalu kerana menunggu 'turn' untuk mendapatkan minuman haiwan ternakan mereka.

3) setelah Nabi Syuaib dapat tahu perkara sebenar, beliau meminta puteri beliau mengajak Nabi Musa ke rumahnya. dengan segan silu (disebut dalam qur'an), puteri beliau mengajak Nabi Musa. mereka hanya bercakap perkara yang perlu dan tidak memanjangkan percakapan. sepanjang perjalanan pula, mereka tiada bergurau senda atau pun berkenalan.

4) puteri Nabi Syuaib juga meminta nabi Musa berjalan dihadapannya kerana tidak elok jika wanita berjalan dihadapan lelaki.

ini secara ringkasnya gambaran bagaimana seorang wanita menjaga iffah dirinya.

kini

tapi di zaman serba moden segalanya dihujung jari ini,sifat malu seorang wanita itu semakin hilang dikikis sedikit demi sedikit. setiap orang boleh sesuka hati nak tayang diri dia di khalayak, tak semestinya ketika berucap di hadapan perhimpunan (kalau kat sekolah la),atau masuk tv, atau mendapat anugerah sahaja. semuaaa orang boleh letak sahaja gambar dia di media sosial, yang mana semuaaa orang boleh tengok tanpa batas lagi. kalau dah dalam media sosial macam tu,apatah lagi di luar (dalam realiti). ini sungguh fenomena yang menyedihkan. wanita tiada lagi malu.

tak kisah latar belakang apa pun wanita itu, biasa-biasa atau 'ahli ugama' .masing-masing nak menang dalam menayang gambar sendiri. rosak. masyarakat tenat. kalau dah upload gambar, bukannya yang biasa-biasa, mestilah nak nampak cantik dan sempurna kan ( tapi ada jugak yang biasa je,tapi dia rasa tu cantik)

nasihat 
jadi, pilihan sebenarnya di tangan kita. setakat ilmu yang ada pada diri kita. kitalah yang menilai, mana yang perlu, mana yang tak perlu.

kalau dulu, masa awal-awal ber'media sosial, kita sangat menjaga, tiada gambar-gambar peribadi yang diupload, gambar profile pun letak gambar bunga ke,pantai ke, matahari ke, sebab malu kan masa tu. tapi sekarang bila tengok, cantiknya gambar-gambar yang mereka upload di media sosial, yang tutup muka, yang dari belakang, dari tepi,  separuh muka atau badan,pegang buku,pegang qur'an dan seumpamanya, kita pun terikutlah. nak letak jugak gambar kita yang acah-acah ayu sopan gitu.


kita sepatutnya kena rasa mahal tu. Islam menjaga sangat kehormatan seorang wanita, tapi wanita tu sendiri yang menjatuhkannya. jadi mulai hari ini, marilah kita ubah.

1)  tak perlu letak gambar kita separuh ke, penuh ke, tak nampak mulut ke, sebab itu boleh menjadi fitnah. kalau tak nak letak seluruh anggota, kenapa separuh kita boleh letak? apa bezanya. daripada sikit, baik tak perlu terus. contoh, kita letak gelas atas meja, tapi kita tak benarkan orang guna. kalau macam tu, baik kita simpan sahaja gelas tu dalam almari.


2) gambar-gambar kita yang kita rasa 'lawa dan sangat cantik' itu, bolehla simpan peribadi sahaja. mahalkan. kaum keluarga dan orang-orang terdekat sahaja yang boleh tengok. dan kita simpan sahajalah untuk kenangan kita.

3) gantikan dengan gambar pemandangan atau kata-kata dan seumpamanya, orang lain pun  boleh dapat pahala bila memandangnya.

(apa yang ditulis ini adalah pada gambar yang tiada keperluan atau kepentingan untuk diupload, lainlah bila untuk sesuatu kegunaan atau keperluan ye)

berpeganglah pada prinsip ini (wanita iffah dan malu), jangan langgar dan jangan hilangkan sedikit-sedikit dengan peredaran zaman.

#2

(bila ada 1, maka ada lah 2 nya pula ^ ^)

macamana ikhtilat kita?

kita dalam sebuah persatuan Islam, dalam persatuan tu,dalam apa-apa gerak kerja atau urusan,sangat menjaga batas-batas pergaulan. (erti kata lain,jaga ikhtilat). bincang sesama team yang bercampur lelaki dan perempuan hanya dalam group, tak pernah mesej personal. bila bercakap, guna mutazawwijin (orang dah kawin) sebagai pengantara. bila program,ada tabir asingkan ikhwah dan akhwat. sangat menjaga dan kita pun terjaga.

tapi tu sesama kita dan ahli persatuan kita. tapi macaman kita dan 'orang luar' yakni, yang bukan faham Dakwah wa Tarbiyah macam kita, macamana kita dan mereka? longgarkah skru jaga ikhtilat kita? kenapa? apa bezanya ikhwah dalam persatuan kita dengan 'ikhwah luar',bukankah mereka juga sama-sama lelaki ajnabi? dan kenapa kita membezakan mereka padahal mereka sama lelaki?

kenapa tak kita fikirkan, persatuan kita mendidik begitu untuk kita amalkan dalam kehidupan dan bukan dalam kelompok kecil kita ini sahaja? disini banyak persoalan-persoalan yang hanya diri kita boleh jawab dan fikirkan. untuk apa sebenarnya kita dalam gerabak dakwah kalau bukan kita sendiri yang amalkan Islam itu dalam kehidupan kita?

nah, selepas ini, boleh kita ketatkan semula skru 'jaga ikhtilat' dengan sesiapa pun tak kira latar belakang mereka. 

jadi, pegang prinsip jaga ikhtilat itu.

penutup

tangan yang menaip lebih dekat dengan apa yang dibicarakan, moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang istiqamah dan sentiasa di  bawah lembayung redha Allah swt.

ini hanya cetusan dari pengalaman yang terjadi dalam kehidupan. wallahuaalam. 
moga bermanfaat buat pembaca.





No comments:

Post a Comment